Assalamualaikum lovelies.
Sesuatu yg aku rasa nak share. Saje je. Today ada 1 interview dekat Puchong. Kira jauh jugak lah kan dr Kajang. Or exactly dr rumah aku yg dekat Beranang ni. (Yes iolls orang kampung je). Jauh ye memang jauh, makan duit minyak, makan duit if menyewa kt somewhere nearer, makan masa, makan itu makan ini. Tp kan, sampai bila kita nak cakap and fikir semua tu? Ye aku tahu betul semua tu. Tp kan boleh kalau kita berkorban sikit? Sebab bukan senang nak senang, dan bukan payah nak payah. Kan?
Cuba kita fikirkan di sudut yg positif lah. There's sooo sooo sooo many reason lah sebenarnya. And di sebalik segala yg terjadi tu mesti ada hikmah punya. Allah punya plan babe. Ingat tu. Dan kalau kita asyik think negatif je, mcm mana yg negatif tu nak blah dr kepala kita? Dia akan lekat jela kt situ dah kita duk fikirkan dia, serukan dia. Kan? Macam apa yg saya belajar waktu join biz Shaklee, LUA; Law of Universal Attraction.
Apa yang kita fikir itulah yg kita akan dapat. Macam rezeki, kita bersangka baik dgn rezeki kita. Apa yg kita dapat dan bakal dapat, semua kita sangka baik. Berfikiran positif. Kalau dapat negatif sekalipun, kita fikir baik-baik je. InsyaAllah yg negatif tu pun akan jd positif. Bersangka baik tu penting. Sebab?
"Aku bertindak menurut sangkaan hamba-Ku. Aku selalu bersama hamba-Ku sekiranya dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yg lebih ramai lg (para Malaikat & seluruh makhluk). Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku mendekatinya (lebih dekat lg) sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dgn berjalan, Aku mendekatinya dgn berlari." [Direkodkan oleh Bukhari & Muslim]
Jadi, Apa yang kita fikir itulah yg kita akan dapat. Mula dr sekarang, fikir yang baik-baik if you nak yg baik-baik dtg kt you. okies lovelies? paham? okay good.
Alhamdulillah syukur dgn nikmat yg Allah bagi. Bersangka baik dgn Allah, Allah akan bagi ape yg kita nak, sama ada kita dapat ape yg kita minta. Atau lebih baik dr itu. Sentiasa bersyukur ok? Come on. Bersyukur dlu nanti Allah tambah lagi rezeki tuu. Bersangka baik dalam setiap perkara tu sangaatlah penting. Lebih-lebih lg dengan Allah.
Jadi biarpun saya pergi interview banyak kali pun tp satu pun still tak lekat, takpe. Saya tak give up sebab saya tau Allah sedang menguji dan saya tau saya perlu usaha lebih. Biarpun saya ada banyak masalah, saya bahagia sebab saya tahu, Allah sayang saya. :'D
Dan biarpun bisnes Shaklee saya turun naik, saya takkan give up sebab Allah nak saya usaha lebih, sebab Allah sayang saya, sebab Allah nak tengok kuat mana saya berusaha, sebab Allah is always with meeeee!
No comments:
Post a Comment