Wednesday, May 27, 2015

Rasa itu.


Malam ni, waktu ni.

Tiba-tiba rasa untuk menulis itu hadir. Mungkin sebab hati ini dah terlalu bengkak. Kepala dah terlalu berselirat. Agak kalau boleh tengok. Macam akar pokok mungkin. Akar serabut.

Okay tipu. Rileks lah jangan serious sangat. Serious-serious duduk dalam gua.

Okay tipu lagi.

Masuk bab hati perasaan ni. Aku selalu kecundang. Itu yang buat aku kadang malas nak sembang. Tapi sampai satu masa, kena juga buka cerita. Pasal manusia ni ramai yang acah tau serba serbi kisah kita. Acah je tau pasal kita dari awal sampai habis. Tapi acah je lah. Sembang kecang melebihi segala.

Apa? Rasa nak bagi kaki? Silakan aku izinkan.

Life kita sekarang ni, coraknya cenggitu rupa dek kerana pengalaman lampau yang punya kerja. Dah balun kita cukup-cukup, habis tu nak expect life kita sekarang indah bak purnama? Terima segala apa yang datang tanpa ditimbang tara? Oh tidak.

Orang sekali dah dipatahkan hati. Selalunya susah nak terima lagi mana-mana muka surat baru, bukan apa sebagai langkah berjaga-jaga aje. Tp aku tau ade juga yang jenis kesian dan sayang tu mengatasi segala. Sampai patploh kali kena pun boleh chill lagi terima kertas lama yang dah pun belacan penuh calit-calit tahi.

Perempuan.
Lelaki.

Pada aku sama. Semua atas dasar hati.

Tapi perempuan ni, once dia kena game. Dia susah nak move on. Meratapi macam mati laki. (mungkin). Tapi sekali dia decide untuk angkat kaki dan tak toleh belakang lagi, kau jaga-jaga. Dia memang akan pergi.

Lelaki. Mula-mula dia yang terpaling sado dan gagah sekali. Tapi at last, dia yang terpaling tak boleh nak terima sekali. Ha baru engkau tahu kan lelaki, yang perempuan ni gagah sebenarnya?

Tapi aku tak cakap lah semua perempuan macam ni. Semua lelaki macam gitu. Depends juga. Aku cakap based on observation aku je. Ehe

Well rasa ni kadang-kadang dia datang tanpa kita pinta pun. Cuma nak pesan pandai-pandai lah handle. Nak hidup kan? Pis.

Jangan game orang. Sebab aku dah pernah rasa. And aku takkan bg orang rasa ape yang aku rasa. Tu je.

Adios!

No comments: