Wednesday, March 20, 2013

Kita perlu dan mesti !



Assalamualaikum --- sila jawab salam. Wajib tahu?

Kita perlu berubah. Kita mesti berubah.
Hang nak tahu pasai pa aku duk cakap lagu ni ?
Pasai kita semua akan mati. Mati.
Hang pikiaq aku main main ?
Alahaaaai kawan. Mati itu pasti. Pasti.
Hang nak tunggu apa lagi ?
Tunggu dah terbaring nanti baru heboh nak sujud sana sini ?

Dulu aku juga seorang budak jahat. Perempuan jahat. Anak jahat.
Terkejut?
Ya. Kerana hangpa semua tak tahuu.
Kalau hangpa dah tahu --- mesti takkan terkejut punya.

Mati nanti tak tahu bila.
Tapi yang pasti semua akan rasa.
Time tu masing masing pakat dah tak tahu apa.
Saudara mara, keluarga semua duk buat dekk jaa.
Yang difikirkan hanya amalan diri sendiri yang telah dikumpulnya --- Apakah cukup ?

Hang rasa hang masuk Sorga ka nanti ?
Dah confirm ka wahai akhi dan ukhti ?

Telan air liur.

Aku cakap pasai ni bukan pasai aku nak perli hang ka apa.
Tapi pasai aku sayang kat hang semua.
Kalau boleh aku nak kita semua masuk Sorga sama sama.

Nanges.

Aku bakal bergelar Arwah. 
Aku bakal dikafankan. 
Aku bakal diusung ke liang lahad. 
Aku bakal dikebumikan. 
Aku bakal disoal Munkar & Nankir.

Aku sahaja ke akan rasa semua ni ? Fikir.
Jujur aku belum bersedia.
Tetapi aku masih dalam proses untuk berlari laju laju untuk berusaha. Sehabis baik!

Hang dah cuba berlari ? Atau masih berjalan ?
Takpe. Andai baru berjalan, tahniah kerana berjaya memulakan perjalanan meng-audit diri.
Dan. Andai sudah berlari, teruskan larian anda selaju mungkin. Pecut!
Istiqomah!

Istiqomah dalam melakukan perubahan. Sohih jiddan.
Sekurang kurang nya coba lah bertatih ke arah itu. Ta-tih.

Hangpa ghasa aku kasaq nahh?
Takpa ni kasaq pasai aku sayang kat hangpa.


"kita perlu kumpul cahaya sekarang, untuk dibawa menerangi waktu kegelapan nanti"

Mohon menuju ke arah itu. Audit diri. Tidak kira sama ada merangkak. Bertatih. Berlari. Atau pecut. Atau pun jogging? Tapi paling tidak pun, cuba ke arah itu. Perlahan lahan. Andai sudah hebat berjalan, berlari lah pula. Ikut peringkat. Ayuh!

Sedikit coretan dari hati.
Sebagai medium menasihati diri.
Andai terkesan dihati.
Lantas mahu perbaiki diri.
Aku bersyukur pada Ilahi.

Moga bermanfaat. Salam!



5 comments:

Unknown said...

Aina mungkin masih cuba merangkak :(

Farah Waheda Wahid said...

everyone has their own dark side and stories...but yup agree...kita mesti berubah...moga2 kita semua diberikan hidayah oleh Allah SWT...

Unknown said...

its okay. as long as we did try aina :)

Unknown said...

ye kak. memang betul. semua org ada kisah pahit masing masing. Amin.

Unknown said...

Samalah kita kak Aina, masih dalam proses merangkak, sedang belajar untuk berjalan mungkin seterusnya berlari bagi mendaptkan cinta Ilahi :)