Thursday, January 3, 2013

Semua nya pinjaman Allah.

Assalamualaikum w.b.t semuanya ! :)

Hai readers sekalian. *perasan macam ramai jeh readers* 
Harini terdetik di hati nak kongsi sedikit masalah orang zaman sekarang. Hati terdetik nak kongsi pasal hal ni, sebab siapa ? Sebab Alllah yang gerak kan hati. *Alhamdulillah masih bernafas

Okey kisah ni macam ni. Contohnya, kalian semua adalah seorang penunggang motorsikal, atas pelbagai faktor anda hanya menaiki motor, mungkin kekurangan wang untuk mempunya kereta, mungkin kerana jatuh cinta terhadap motor, mungkin nak elak jamm kat jalan tuh haa, yelah kan motor boleh main cilok cilok yoo. eheh. k berbalik pada topik, anda naik motor dan rakyat jelata yang lain memiliki kereta. naik kereta beso beso. hebat hebat. masha Allah. besar sungguh rezeki masing masing. dari siapa ? dari Allah. Bersyukur lah kalian *Alhamdulillah

ni nak kata, jalan raya tu kita kongsi kan wahai hamba Allah sekalian. janganlah menyombong sangat kat dunia ni. semua nya pinjaman Allah je pada kita. jadi jangan lah buat macam yang berkereta sahaja ada hak ke atas jalan raya. yang naik motor pun ada hak mereka. kita berkongsi. saya tekan kan sekali lagi. berkongsi.

kadang2 saya kesian tengok yang naik motor. termasuk saya sendiri, keluarga saya, kawan kawan saya. kadang2 ada yang dah tua dah. korang tak kesian? alahai weh, tolong lah tanam rasa belas sikit dalam diri. bukan saya nak kata semua yang naik motor betul dan semua yang naik kereta salah. and vice versa. no no NO dan tidak sama sekali! tolong jangan salah tafsir. bukan apa, dari pemerhatian saya, motor tu kecil je, nak lalu, tengah elok2 jalan tetibe kereta bagi signal, nak tukar lane. okay. takpe sebab tak salah pun. dia pun dah bagi signal. memang boleh tukar lane. tapi before pusing stereng kereta tuh, korang kene tengok lane tu kosong ke tidak, kalau ade orang tengah bawak motor kat situ, tunggu la dia lepas dulu kedepan, baru la masuk lane baru. alahai tunggu kejap jeh punnn. boleh kan? ni tidak. ada orang ke, takde ke, main balun jeh. tak kisah yang penting dia dapat. alahai mana boleh macam tu cik kak. bahaya! 

ada satu hari tu, dari apa yang mata kasar saya nampak, motor tu elok je lalu kedepan, tetibe kereta tukar lane tanpa bagi signal, dannnn *anda boleh agak sendiri apa yang jadi* masha Allah. kita berkongsi jalan raya wahai hamba Allah sekalian. mohon jangan pentingkan diri ye. bertimbang rasa lah sikit.

macam mana kalau keluarga kita yang kena macam tu? mesti tak suka kan? jadi kita jangan buat kat orang okey? *nauzubillah, mintak dijuahkan dari sebarang kemalangan*

bertimbang rasa ye :)
cukup lah entri untuk hari ini. sekadar berkongsi pengalaman dan nasihat. buang yang keruh ambil yang jernih. sila tinggal kan pendapat anda di ruang komen ya. ukhuwah fillah abadan abada. Lillahi'taala. 

Semoga Allah ampunkan dosa dosa kita :)
Assalamualaikum.
Deep from my heart,
kucing BIRU PRECIOUS :)



No comments: