Tuesday, February 19, 2013

2 hari penat dibalas ilmu yang tidak terkira di Seminar Baitulmuslim


Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum w.b.t. 
*mohon jawab salam ya? Ia WAJIB*
Apa khabar pembaca sekalian? Moga kita semua berada di bawah rahmat dan redha Sang Pencipta kita. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan, Nabi Muhammad S.A.W. *Sallallahu alaihi wassalam*
Eceh. Maaflah jika pembuka bicara seperti orang nak karang surat kiriman tidak rasmi, format UPSR tahun 2006. Heh. Tapi benar. Kita perlu senantiasa mengingati Allah dan Rasul. Lagipun baru balik dari seminar. Tu yang macam terkesan tu. Alhamdulillah. Diberi kesempatan. Kesihatan dan kelapangan untuk menghadiri majlis ilmu. Alhamdulillah.

“Eh pergi seminar? Seminar apa seminar apa?”

Acece kemain eksaiitedd nyaa dia. Hiks. Okay meh kita story mory lorry porry tentang seminar itu ye makjah sekalian. Hehe. Haritu saya bersama kakak kakak kakak kakak telah pergi ke SEMINAR BAITUL MUSLIM 2.0 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) bertarikh 16 dan 17 February yeeee kawan kawan. Baru jeh lagi. Seminar tu sangat lama dari 8.30 pagi sampai 10.30 malam. “Eh kenapa banyak sangat kakak kakak sampai 4 kali ulang?” haaa itu adalah kerana saya pergi bersama kakak saya dan 3 orang lagi kawan nya. Jadi mereka semua berpangkat kakak lah kan? So dah 4 orang kakak jadi nya kakak kuasa 4. Kahkah. K tidak lawak!


Baitul Muslim bermaksud rumah tangga muslim yang diurus tadbir berpandukan syariat Allah S.W.T dalam setiap perkara berkaitan perkahwinan dan kekeluargaan dengan matlamat menggapai keredhaan Allah S.W.T.

“mak oih, awat gataii noo nak kahwin ka sampai duk pii seminar baitulmuslim tu?”

Haaaa. Ni lagi satu masalah orang kita ni. Mentaliti tu kenapa sempit sangat ? belajar tinggi dah tapi awat ilmu nya duk tang tuu ja ? Ini lah manusia yang sempit mentaliti. Pernah menjadi pelajar tetapi malangnya tidak terpelajar.

Wahai hamba Allah sekalian, bukan bermakna seminar itu untuk orang yang duk gataii nak kahwin yeee. Seminar tu terbuka untuk kita/mak/ayah/adik/nenek/tokcik/tokwan dan SEMUAAAAA. Kita semua disini mempunyai tanggungjawab yang tersendiri dalam membina dan membentuk keluarga yang mawaddah wa rahmah. Semua ada peranan masing masing. Betul tak? Anak ibu bapa semua nya perlu bersatu dan bekerjasama untuk mebina keluarga yang bahagia mengikut syariat Islam.

Okay okay okay! Saya jamin ada yang dah mula nak cabut lari.
Saya jamin ada yang dah mula gerakkan cursor sedikit demi sedikit ke arah button ‘X’.

JAANGAAANNNNNN ! Anda akan rugi jika anda melakukan itu. Kerana saya nak bagi hadiah pada anda di akhir entry nanti. Mohon kuatkan hati untuk mempelajari sedikit ilmu yang ingin saya kongsikan ini.
Eh eh sebelum tu nak cakap, memang ramai panelis panelis hebat yang hadir. Meh saya senaraikan mane lah tahu ada yang saudara mara hanggpaa ke kan. Boleh lah kenal kan saya pada mereka. Buat calon menantu ke. EH hehe

~Ustaz Pahrol Md Juoi
~Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh
~Tuan Suzardi Maulan
~Tuan Hilal Asyraf
~Ustaz A. Ubadillah Alias
~Tuan Amin Idris
~Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
~Dr. Abdul Basit Hj Abdul Rahman (muka pelakon Hindustan. Tak caya try Google)
~Ustaz Muhidin Mokter dan Ustazah Isfadiah Dasuki (Husband and wife)
~Puan Wardina Safiyyah Fadlullah
~Ibu Wirianingsih (from Indonesia)

Masha allah. Mereka ini adalah insan insan yang hebat dan kita kalau nak mintak pendapat/pandangan/nasihat memang boleh sangat mintak ngan mereka. Boleh sangat k!
Mereka terlalu ramai. Ada 12 orang semua nya. Jadi kalau saya nak cerita sesatu pasal diorang tak tidur malam lah saya jakgi. Huks esok keroje jahh oi. So anda boleh pergi Google lah pasal depa. Dan saya bagi jaminan pada anda mereka ini memang orang yang hebat hebat. Jadi, sila lah Google!

Saya nak cerita sikit pasal panelis dari Indonesia iaitu Ibu. Masha allah. Bagi korang yang tak kenal, Ibu ni, dia ada 10 orang anak, dan kesemuanya menghafaz Al-Quran sejak dari umur belasan tahun! Ya Allah. Sungguh hebat mereka ini. Dan pada slot Ibu ini dia ada bawa 4 orang dari anak nya, dan salah seorang darinya diminta untuk di tasmiq. Dan masha allah, bacaan nya sungguh lancar dan merdu. Dan anak nya yang paling bongsu tidak dapat ikut serta kerana berada di Gaza untuk menyebarkan ilmu Al-Quran. Dan anda tahu anak nya itu umur berapa? Dia baru 15 tahun kawan kawan. Dan anak itu seorang PEREMPUAN! Anda boleh bayangkan gadis berumur 15 tahun pergi ke Negara Gaza seorang diri tanpa ibubapa? Masha allah. Itu kerana dia percaya Allah ada bersama nya. Subhanallah!

“Ya Allah, sesungguhnya aku hambaMu yang hina lagi kerdil”

Sungguh ya kawan kawan. Saya banyak kali bergenang air mata mengenangkan diri yang iman nya masih rapuh. Sedih.
Saya tahu saya tak boleh nak tulis banyak banyak takut ada yang bosan dan taksuka baca panjang panjang sebab yelah. Ayat minah yang tengah taip ni dah lah agak skema pada entry kali ni. Haha dan saya faham anda mungkin akan mengalami masalah b-o-bo-s-a-n-san BOSAN. Hiks.
So sekarang ni. Saya nak share kat korang. Beberapa kata pujangga. Bait bait mutiara kata yang saya perolehi dari seminar. Anda boleh copy atau ambil kalau anda rasa mahu. Tak perlu mintak izin kerana saya hanya menyampaikan ilmu yang saya perolehi dari orang lain. In sha Allah.

#Ustaz Pahrol Md Juoi
“Apa yang kita semai pada hari ini, akan kita tuai di akhirat nanti.”
◦ “Perlu beriman dengan qada dan qadar Allah supaya dapat berhadapan/menghadapi jodoh dengan betul.”
◦ “Mencari jodoh 1 kebaikan, kebaikan harus dilakukan berulang kali. Kerana seandainya gagal, itu tandanya anda perlu berusaha lagi. Ingat, kegagalan adalah kunci kejayaan.”
◦ Tips pikat hati mertua – “Mencintai orang yang dicintai oleh orang yang kita cintai.”
◦ Kasih sayang – “Dengan menyalakan lilin orang lain, tidak mengurangkan cahaya lilin kita, tapi kita akan dapat lebih cahaya.”
◦ “Berusaha untuk mantakbir, dengan takdir Allah.”
◦ “Rezeki yang Allah bagi pada kita, selaras dengan tanggungjawab. Makin berat tanggungjawab, makin banyak rezeki. Contohnya, makin banyak perkara yang kita perlu selesaikan, Allah akan bagi kita rezeki seorang isteri/suami untuk membantu. Makin banyak kerja yang diamanah kan untuk kita melakukan nya, Allah akan murahkan rezeki kita supaya segala amanah dapat kita laksanakan dengan lancar.”
◦ “Bila hati baik, wajah akan jadi cantik. Dan bukan apa yang kita pandang itu penting tapi cara kita memandang itu penting.”

# Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh
◦ “Tenang dengar bunyi laut dan tenang dengan sejuk laut daripada bunyi dan sejuk air-cond. Tenang dengar bunyi haiwan serangga dalam hutan daripada bunyi kilang kilang di Bandar. KENAPA? Kerana bunyian itu merupakan zikir yang dialunkan oleh ciptaan Allah tersebut kepada Nya tetapi kita tidak faham. Kita rasa tenang kan? Kerana itu alunan zikir yang kita tidak faham. Jadi urus hati, didik hati, belai hati dengan amal soleh yang di suruh Allah supaya hati jadi tenang seperti mendengar bunyi lautan dan serangga.”

# Tuan Hilal Asyraf
◦ “Love is everything that brings you closer to Allah. And whatever brings you further from Allah is never love!.”
◦ “Kalau ucap I LOVE YOU juta juta kali pun, tapi kalau tak bawak pasangan dekat dengan Allah, takda makna!.”
◦ “Jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kamu.”
◦ “Nak betulkan masalah kita dengan manusia, kena betulkan masalah kita dengan Allah dulu. Kemudian, apabila selesai, Allah akan beri kita jalan untuk selesaikan masalah kita dengan manusia.”
◦ “Kalau sayang, bawa dia dekat dengan Allah. Jangan bantu dia kumpul dosa, tapi bantu dia kumpul pahala. Nanti Allah akan bawa dia dekat dengan kita dalam keadaan yang lebih baik dan bahagia.

#Wardina Safiyyah
◦ “A great relationship is the relationship that share the similarities and celebrate the differences.”
◦ “Lelaki dan perempuan memang berbeza. Allah cipta berbeza supaya ada seri hidup. Saling lengkap melengkapi. Bantu membantu. Kita boleh bertemu di satu titik di mana kita boleh sama sama bantu membantu walaupun kita berbeza. Seperti tangan kanan dan tangan kiri. Kalau dua dua tangan kanan macam mana? Fikirkan.”

# Ustaz Muhidin Mokter dan Ustazah Isfadiah Dasuki (Husband and wife)
*slot kesukaan saya dan kemungkinan juga kesukaan orang lain*
◦ “Perbezaan suami isteri adalah adalah untuk complete each other bukan compete each other.”
◦ “Tawan hati ibu mertua dan ayah mertua automatik akan tawan hati suami.”

# Ibu Wirianingsih (from Indonesia)
◦ “Mulai dari bayi jadikan setiap detiknya berarti untuk masa depan yang penuh arti.”
◦ “Jadikan membaca Al-Quran sebagai satu hobi dalam kehidupan.”
◦ “Al-Quran akan menjadikan hidup kita lebih ‘hidup’.”
◦ “Allah akan bantu hambanya yang taat suruhan Nya.”

Phewwww. Apa macam kawan kawan? Menarik kan ayat ayat di atas? Ya! Sangat menarik. Ambil lah jika anda mahu ambil. Boleh sampaikan pada kawan yang lain. Maaflah andai entry terlalu panjang dan membosan kan. Moga bermanfaat pada kalian semua.

“eh dah nak habes ke? Tutup entry dah? Mana hadiah?”

Ohoowwwwww! Terima kasih kerana mengingat kan saya hamba Allah yang sering terleka dan terlupa. Nak hadiah kan? Nah ini diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Saya serahkan kepingan gambar di bawah ini sebagai hadiah kepada anda yang sudi meluangkan masa membaca entry saya. Dan sebagai tatapan anda yang tidak berpeluang untuk pergi. In sha Allah satu hari nanti.Moga Allah rahmati kalian. Amin.

ini antara barang comel dan bermanfaat yang dijual di booth OSM

dan ada banyak gila booth yang jual jubah/tudung/pahsmina/shawl/etc. saya sangat teruja dan hasilnya, saya beli satu! heheks. tudung  di NEDA pun superb! 

ini hadiah yang saya dapat hasil dari 'twitter terbaik' sempena seminar berlangsung. terima kasih OneHearts!

dan ini? haaa. ini adalah Mr Imad Malaysia! he gave this special pose for me! :D

Kat sana ada macam macam booth yang semua hebat hebat best best ohsem ohsem! Dan untuk pengetahuan korang Heliza Helmi jugak datang memeriahkan seminar. Tapi tulah, tak dapat amek gambar ngan Heliza and Wardina. Sobs cedih

Andai ada sebarang pertanyaan tentang seminar, atau tentang maksud ayat ayat di atas, atau tentang apa apa sahaja yang anda ingin tanya, dipersilan ke ruang komen ya. Ape omputih kate comment box. Haaaa. Macam mat salleh gituwwwww. In sha Allah saya akan menerangkan apa yang terbuku di hati, saya akan cuba sehabis baik untuk menjawab persoalan anda yang sedang berlegar legar di minda dan fikiran. 

Oh! Bukan saya nak kata saya ni hebat taraf penceramah yang hadir tu semua. Bukan kan kan kannn! Tapi sekadar ingin menyampaikan apa yang saya perolehi di seminar tersebut dan sekadar ingin berkongsi ilmu, tiada salah nya kan? Jadi, fikir positif. Like what oram putis putis said “think positive.”

Andai ada kekurangan itu dari diri saya dan mohon di maafkan. Anda boleh tegur silap saya terus di ruang komentar! Ceh berbahasa pujangga pula daku ya? Hahak. Eh ini serious saya tak kisah kalau kalian tegur di komen box. Saya akan belajar dari kesilapan. Dan andai mahu mengambil ayat di atas, silakan. Moga bermanfaat. Moga Allah redha. Jazakallah khair!

12 comments:

ISMA ILYA AHMAD PUAD said...

Assalamualaikum wbt,

my dear, InsyaAllah saya pun akan share something, cedukan Ilmu 2 hari berkampung di PICC last weekend, nanti singgah dan jenguk la ye.. boleh kongsi sekali mana yang kurang.. InsyaAllah...

Alia Erfani said...

Assalamualaikum, nice sharing. i like ur entry :)) keep it up. Suka sngt2.

najla mohayidin said...

awak pun pergi seminar tu? okay. terima kasih. sama sama kita berkongsi ilmu yang diperoleh. InsyaAllah. :)

najla mohayidin said...

waalaikumsalam. terima kasih. semoga bermanfaat :)

~N!k nURfAt!hAH hARun~ said...

majlis sebegini yang harus sentiasa dihadiri..:)

najla mohayidin said...

yee. memang betul. elok belanja kan wang ke majlis majlis ilmu macam ni :)

TenteraFisabilillah said...

^_____^ bez kn dpt bnyk ilmu... sy pon pegi slot Sebelum aku bernikah...ari sabtu jew.. mesti kmu prasan sy, zaim bdk pngacara tu ade tnye sy soalan " ape itu baitul muslim??" sy yg pkai jaket hitam tu...hihi...

najla mohayidin said...

yup. sangat best! dlm masa yang sama boleh baiki diri. oh awak pun pergi? ohhhhhhhhhhhhh! itu awak? hehe. salam ukhuwah :)

Musyirah :) said...

Seminar ni terhad ke akak ? saya tak tahu pun :/ kalau ada lagi, bagitau tau. *teringin nak pergi*

najla mohayidin said...

eh. mana ade terhad lah. boleh je datang sesape pun. adik kena rajin survey laaa program ilmu macam ni. selalu ada je kat fb or twitter. in sha Allah ada rezeki nanti kita pergi lain kali kay. becoming program is from k-fiqh.com ada program lain. cube try survey k :)

Izzah Haneefa said...

seronok dpt pergi program2 camni :)

najla mohayidin said...

yee. memang seronok. ada masa nanti jomla pergi sama sama :)