Wednesday, March 6, 2013

Just don't.




Jangan pernah rasa diri kita tu dah sempurna hanya kerana kita banyak join event agama sana sini.

Jangan pernah rasa diri kita tu dah cukup baik hanya kerana kita berkawan dengan orang orang yang boleh dikatakan baik.
Jangan pernah rasa diri kita tu ilmu agama kita dah cukup, jangan pernah rasa kita muslimin/muslimat yang baik hanya kerana kita dikenali ramai orang sebab status status kita atau tweet tweet kita yang boleh dikatakan meletop tu. Ribu riban orang like.

Kita dah cukup hebat? Fikir. Fikir juta juta kali.

Kita dikenali ramai tu tak patut jadi punca untuk kita bermegah megah.
Kita banyak join event sana sini bukan faktor untuk kita rasa kita dah cukup bagus.

Kita tak sempurna. Tak akan pernah sempurna. Tak kisah lah engkau siapa. Yang penting kau tak sempurna. Aku pun sama. Sama macam engkau.

Jadi apa salah nya, sama sama terima teguran. Kan?
Kita nak nasihat orang. Tapi kena perbetul diri dulu. Kan?
Apa kau dah cukup bagus sampai kau taknak terima teguran? 
Kenapa? Fikir guna akal.

Kenapa kau susah sangat nak terima teguran? Check diri. Muhasabah.
Kalau orang tegur terima dengan hati yang terbuka. Bukan marah membabi buta.Ingat yang kau tak sempurna.
Kalau orang nasihat, terima. Tak semestinya kau betul setiap masa. 



Kita semua sama. Aku bercakap bukan untuk siapa siapa. Tapi untuk aku. Sebab aku mahukan teguran dan mahu ditegur. Pasal apa? Pasal aku masih belum sempurna. Dan tidak akan pernah sempurna.

Eh ter-sentap? Nangis.

Ringkas dari saya. Harap bermanfaat untuk bekalan ukhrawi.
Moga berbekas di hati. 

2 comments:

Nekobiah said...

Perfection hanya ilusi duniawi. Makna sempurna bagi semua org sgt berbeza. kite mungkin fikir seseorang tu perfect, tp kite tak tau kenyataannye. Sedangkan Rasulullah pun buat silap, apatah lagi kita manusia biasa. Sebab tu kite x boleh nk bersikap bongkak atas kelebihan kite yg dianugerahkan oleh Allah.

Thanks for the reminder :') Nice entry!

Unknown said...

thank youu. sekadar mengingati diri sendiri yang sering alpa. andai bermanfaat pada anda juga, Alhamdulillah :')