Thursday, March 7, 2013

Berkahwin Pada Usia Muda.



Berkahwin Ketika Belajar Pada Usia Muda | Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada anda yangg sedang membaca. Post kali ni memang dah lama penulis nak buat, baru sekarang ada masa sesuai nak buat post mengenai Berkahwin Ketika Belajar.
Artikel kali ini dari permintaan @Cik_Tasyaa yang tweet kepada @selepasnikah inginkan artikel kahwin muda, jadi penulis sediakan artikel ini.
Dalam post berkahwin ketika belajar penulis akan senaraikan Kebaikan Berkahwin Ketika Belajar Pada Usia Muda dari luahan hati penulis sendiri.Penulis mengajak pembaca untuk membaca artikel Jangan Takut Kahwin Muda yang telah mendapat banyak respon mengenai kahwin muda.
Berkahwin Ketika Belajar Pada Usia Muda

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: “Ketika kami muda, kami berada bersama-sama Nabi s.a.w dan kami tidak mempunyai apa-apa harta. Baginda berkata kepada kami: “Wahai para pemuda! Jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Sememangnya memenuhi tuntutan agama itu pada usia muda memberi banyak manfaat terutama untuk menghalalkan hubungan daripada terjebak dengan budaya couple yang boleh mengundang maksiat.
Dengan restu dan sokongan ibu bapa, niat baik mereka dipermudahkan walaupun berdepan pelbagai cabaran. Pelajar terpaksa membuat persiapan saat akhir kerana perlu menduduki peperiksaan dan bersengkang mata membuat kerja sampingan bagi memastikan bajet mencukupi.
Tahun 2012,Perkahwinan Pasangan Muda Syafiq Dan Yana yang hangat diperkatakan di facebook,twitter,youtube dan blog.

Perkahwinan Pasangan Muda Syafiq Dan Yana

Masyarakat ada yang sokong dan ada juga yang memberi komen negatif mengenai perkahwinan pasangan muda ini. Tapi bagi penulis, tahniah kepada pasangan muda ini kerana telah ada hubungan yang sah,dapat menjauhi maksiat dan zina apabila sudah berkahwin.
“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwin muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.
Semua keputusan sama ada kita ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri sendiri.
Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi, fikirlah untuk kebaikan diri sendiri.
Bila dah kahwin adalah satu langkah permulaan memikul tanggungjawab yang besar. Kalau lelaki, dia kena bersiap sedia untuk membimbing isteri dan anak-anak.
Kalau perempuan pula, dia kena bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab menguruskan keluarga. Soal tanggungjawab yang dipandang remeh lah yang selalu jadi punca kepada keruntuhan sesebuah institusi keluarga tu.

Kebaikkan & Kelebihan Berkahwin Ketika Belajar Pada Usia Muda
(dari pandangan penulis)
1) Kahwin awal dapat mengelakkan zina.Pasangan muda yang masih belajar apabila kahwin muda, mereka akan terlepas dari melakukan maksiat sebab mereka dah mempunyai hubungan yang halal dan sah.Daripada bercouple 4,5,6,7,8,9 ataupun 10 tahun tetap berdosa sebab semasa bercouple macam-macam maksiat boleh berlaku. Dalam islam pun sebenarnya tak dibenarkan bercouple, sebaliknya nak yang lebih indah iaitu Bercinta Selepas Nikah

2) Dapat mengawal nafsu dan elakkan maksiat,Sekarang ni terlalu banyak kes anak di luar nikah, kes pembuangan bayi.Ini semua berlaku disebabkan perasaan cintayang ditambah dengan nafsu dan dengan hasutan syaitan maka terjadilah zina. Sebab tu digalakkan berkahwin ketika belajar pada usia muda, sebab kita selamat dari melakukan perbuatan terkutuk iaitu zina dan selamat daripada melakukandosa. Apabila dah berkahwin pastinya kita akan menjaga zuriat kita dengan baik dan sempurna.

Buang bayi

3) Batas-batas pergaulan anda terpelihara, memang tak dapat dinafikan pasangan couple selalunya tidak dapat menahan perasaan ingin berjumpa,ingin dating,ingin bersama2 setiap masa dan waktu.Apabila perkara ini selalu terjadi, secara tidak langsung pasangan ini akan terlibat dengan melalukan perbuatan terlarang iaitu maksiat & zina.
Bila dah kahwin, dan mempunyai hubungan yang sah anda sudah berjaya menjaga batas-batas pergaulan anda.


4) Bila dah berkahwin pada usia muda, anda sebenarnya sudah boleh dikatakan selamat dari gangguan orang ramai. Sekarang ni kita boleh lihat setiap hari perempuan2 yang cantik akan diganggu oleh lelaki. Perkara ini sering terjadi kepada pelajar IPTA. Dengan berkahwin pada usia muda dan mempunyai suamianda sebenarnya sudah selamat dari gangguan.

5) Selamat dari cinta monyet, anda semua mesti tahu apa itu cinta monyet? biasa cinta monyet ni bertahan sekejap selepas itu putus.

Ramai sebenarnya yang cinta monyet,berjanji sehidup semati nk bersama2 untuk selama-lamanya.Tapi bila hubungan yang diharapkan kekal sehingga ke jinjang pelamin akhirnya musnah.
Apabila perkara ini berlaku, anda akan kecewa,sedih,marah,benci dan paling teruk hilang kepercayaan terhadap cinta ada yang sampai bunuh diri.Sebab itu anda patut berkahwin ketika usia muda, sebab apabila dah berkahwin insyAllah akan kekal selama-lamanya.

kecewa bunuh diri

6) Hidup lebih berkat dengan adanya hubungan yang sah.Pastinya hidup anda akan lebih berkat apabila mempunyai ikatan hubungan yang sah iaitu suami dan isteri.

7) Prestasi cemerlang selepas kahwin,dan mendapat semangat baru untuk belajar, tak dapat dinafikan dah ramai yang berkahwin semasa belajar mereka memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dan exam. Dengan berkahwin, menjadikan seseorang itu lebih tenang dan matlamat hidup mereka lebih jelas. Mereka lebih fokus dalam bidang pelajaran dan sokongan dari pasangan membuatkan mereka lebih bersemanga

prestasi lebih cemerlang selepas kahwin

Siti Hajar Aiyshah Yunus, 22, dan suaminya, Muhammad Suffian A. Rahim, 25, yang menerima diploma masing-masing pada Majlis Penyampaian Ijazah dan Diploma Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi Graduan Program Kerjasama dan Program Eksekutif 2010 di sini semalam.
Mereka mengambil jurusan yang sama iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik dengan Siti Hajar memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.68 manakala suaminya, 3.21.
Lebih menarik, pasangan itu yang berkahwin pada 2007 ketika di tahun dua, turut dikurniakan dua anak, Aiyshah Humairah, 2, dan Muhammad Amzar Hamizan, empat bulan.“Ketika hendak berkahwin, keluarga mulanya membantah tetapi apabila kami beri sebab-sebab yang munasabah, mereka akhirnya bersetuju.

8) Hadiah yang terlalu bernilai dan diharapkan oleh ibu dan ayah anda.Semua ibu dan ayah ingin menimang cucu mereka sendiri.

9) Dapat membuat perancangan keluarga lebih awal,apabila anda berkahwin pada usia muda anda sudah boleh merancang untuk masa depan keluarga anda.Isteri juga akan berasa yakin dan konfiden apabila melahirkan anak pada usia muda.Selain itu,pasangan yang berkahwin pada usia muda sebenarnya beruntung sebab boleh menjaga anda di usia muda. Kelebihanya apabila umur anda sudah 30 lbih masa tu anak-anak dah besar.Jadi anda tak kelam kabut pada usia tersebut.

10) Menjadikan anda lebih bertanggungjawab, bila dah berkahwin dan mempunyai keluarga.Anda pasti akan ubah sikap2 malas anda kepada rajin sebab anda bukan lagi hidup dibawah jagaan ibu dan ayah tetapi anda sudah mempunyai tanggungjawab besar untuk jaga keluarga anda.

Semua yang tertulis di atas semuanya dari luahan hati penulis sendri,penulis tahu anda juga mempunyai pendapat anda tersendri.Itu yang penulis nk tahu,penulis harap anda akan berkongsi pendapat anda mengenai topik Berkahwin Ketika Belajar Pada Usia Muda.
Tapi tak semuanya indah bila berkahwin pada usia muda, macam2 kes juga boleh berlaku antara bercerai pada usia mudah muda2 lagi dah jadi janda/duda.

Ramai pasangan muda yang berkahwin mempunyai masalah kewangan untuk meneruskan kehidupan, ini memang kenyataan ramai yang gagal disebabkan faktor kewangan yang tidak tetap.Jadi bila masalah kewangan berlaku keluarga anda juga akan melarang anda untuk berfikir pasal kahwin.
Nasihat penulis sebelum nak jaga anak orang sebelum nk impikan mempunyai keluarga bahagia anda kumpul la duit dulu untuk masa depan anda bersama keluarga anda.Jangan lupa ilmu agama juga sangat penting,jika anda lelaki anda perlu mempunyai ilmu agama yang cukup sebelum berkahwin,sebab bila dah berkahwin anda perlu membimbing isteri anda menjadi isteri yang solehah.

Anda jangan ingat semuanya indah selepas berkahwin pada usia muda, selepas berkahwin terdapat banyak cabaran yang anda dan pasangan anda perlu hadapi, ini yang menjadi perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat.Banyak tanggungjawab yang akan datang,lagi2 lepas anda sudah mendapat cahaya mata.

Masa tu anda perlu bersedia banyak dari segi mental dan fizikal.Anda juga perlu sediakan duit untuk 
membeli keperluan anak anda, seperti baju,ubat,mainan,susu dan makanan dan banyak lagi.
Mungkin ramai yang berhasrat untuk berkahwin muda, namun ia terhalang oleh batasan adat. Kita memerlukan kos yang tinggi untuk melangsungkan perkahwinan yang disempurnakan dengan adat-adat Melayu.
Wang hantaran, hadiah hantaran, cenderamata untuk tetamu dan belanja kenduri memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit.
kahwin masa belajar

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya,jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)

Artikel ini di buat adalah untuk mendapatkan pandangan, nasihat ataupun cadangan anda mengenai Berkahwin Semasa Belajar Pada Usia Muda. Mamat sangat mengalu-alukan komen beserta pandangan dari anda. Jika anda nak copy ataupun share entri ini dibenarkan.
Artikel Harianislam.com

Artikel ini di copy dari Harianislam.com.

12 comments:

ilya maisara said...

Kalau dah jumpa calon yang sesuai, dan dah ready serba serbi, why not?

Alhamdulillah lah saya yang dapat settlekan awal2.. hihi... yang masih belum macam kite, sabarlah menanti masanya.. hihi

Unknown said...

wahhh bestnyaaa dah kahwin. hehe. tahniah dan smg bahagia hingga ke syurga. sorry lah entry buruk gila sebab copy paste. huhuhu

Unknown said...

betul tu..kalau dah bersedia..dan yakin..tambah dapat restu n dah cukup semua kenapa nak lambatkan kan? hehe.. kahwin muda ni terpulang la pd masing2 tpi bg me la..me mmg lebih suka awal dr lambat2..ahaha..

Unknown said...

yeeee. elok awal2 ni. elak maksiattt. dapat pahala so tak rugi ape punnn. yang penting dah ready dr segala aspek. tanggungjawab semua makin besar kan? weee. nak kahwin jugak. eh :p

Unknown said...

Hmmm, tak ramai yg pikir mcm ni :( Ada yg takut dgn tanggungjwb, dgn pendapatan yg tak stabil blablabla. Dah lupa ka Allah sendiri dah janji rezeki akan bertambah lepas dah kahwin? Kan? ;)

Unknown said...

yeeee. betul tu aina. kan kan kan? eceh. nak kahwin dah ke? hehe. :p sorry entry buruk sebab copy paste :p

Unknown said...

apa salahnya. eh? hahahaha

Unknown said...

eh memang tak salah pun. ke dah mmg dah kawen? eh :p

cikmira23 said...

Hik3 kalau x nk nmpk mcm kopi paste,paste kt microsoft dlu sblum kopi and paste kt blog...hehe..

Unknown said...

terima kasih peringatan. takpelah. saya bg tahu diorg itu mmg copy paste. takpelah. yang penting bermanfaat :)

PiNkYCaT said...

PiNkYCaT pun kawen mase belajar...hehe. Alhamdulillah kami sama2 berjaya dptkan Ijazah masing2:)

Unknown said...

yeeee? wahhh. Alhamdulillah :)