Wednesday, April 17, 2013

Makkk nak kahwin!





Kahwin.
Semua orang nak kahwin.
Aku pun. Eh

Rasa hidup bekeluarga.
Tanggungjawab. Setia. Bahagia. Percaya.
Semua tu orang yang kahwin dah akan rasa.
Bahagia jeke sepanjang masa?
Tak semestinya.

Kadang kadang ade je gaduh. Nangis. Sedih.
Biasalah. Lumrah kehidupan tak selalunya indah.
Semua itu ujian. Dugaan. Dari Dia. Untuk kita.
Supaya jadi lebih kuat. Lebih utuh ikatan itu.

Tetapi.
Ape-ape pun kena berbalik pada Al-Quran dan As-Sunnah.
Semua nya InsyaAllah akan indah.
Benar.

Si suami.
Nak pilih isteri.
Kena hati-hati dan teliti.
Bukan sekadar tengok muka dan bodi. Eh

Kalau si suami boleh banyak songeh dalam nak pilih isteri. Begitu juga kami. Sang isteri.

Nak pilih suami.
Bukan yang kaki gusti.
Bukan yang kaki judi.
Tapi, yang patuh pada Ilahi.
Barulah dia boleh bimbing isteri.

Konklusi, berbalik pada ajaran Ilahi.
Semua yang indah akan menanti.

Kalau lelaki. --- cinta monyet. ***maksudnya melanggar syariat Allah.
Time bercinta waktu muda mudi.
Pandai berjanji berkali-kali.
Lautan api sanggup ku redahi.
Janji tak buat itu ini.
Alahai brother, spender pun mak yang beli.
Solat 5 waktu pun tak cukup lagi.
Ada hati nak berbini time cenggini?

Kalau perempuan. --- cinta beruk. ***sama maksud macam atas.
Waktu love love ni semua kau kata indah.
Ada pakwe yang konon nya gagah.
Usung kau sana sini dengan megah.
Buat itu ini tanpa pengetahuan mak ayah.
Ini yang kau bangga kan konon nya nak bimbing kau ke Jannah?

Alahai. Senyum.

Aku tak kata itu salah.
Aku tak kata pulak aku tak salah.
Aku pun ada salah.
Tapi jom lah kita berubah.

***
Wahai sahabat.
Tak kisah laki-laki atau perempuan.
Ini pesan.
Dengar.
Nak pilih pasangan, berbalik pada perintah Allah.
Lagi satu, kalau ada rasa macam nak pasangan yang baik/soleh/solehah.
Yes memang boleh.
But, perbaiki diri sendiri dahulu.
Nanti, Allah akan aturkan semuanya.
Percaya janji Allah.

Senyum.

Coretan ini dari aku. 
Maaf andai ada kekurangan. 
Maaf andai ada kekhilafan.
Semua itu dari aku. -- tegurlah. Nanti aku ubah.

Andai bermanfaat. 
Andai berguna. -- Ambillah kalau rasa mahu.

Pesanan dari yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. 
Aku cuma menyampaikan. Salam!

Iklan. Meh follow Twitter Bercinta Selepas Nikah dan mai like Facebook Bercinta Selepas Nikah. Sekian. 

5 comments:

Cik Nor said...

nak kawen jgk..:)

Unknown said...

Bestnyaaaaa :) lagu blog punnn . ihiks

Unknown said...

boleh boleh. dah ready, dah cukup semua, kahwin lahh. jangan lupa jemput. eheh XD

Unknown said...

ahahaha. anum anum. di mana ada akak, disitu ade kau. eh.
haha btw, thankssss XD

Unknown said...

Nice entry, muda lagi nak kahwin pun..hihi :)