Friday, May 3, 2013

Kasihan ayah!




Ayah. 
Tegasnya dia seperti singa kadang kala. 
Melambangkan kasih dan cintanya untuk hidup si anak merasa bahagia.
Garangnya dia serupa naga ada waktunya ketikanya.
Manggambarkan dia benar-benar memastikan si anak cukup dijaga.

Ayah.
Aku anak kamu. Kita keluarga.
Satu darah. Mengalir sama di tubuh kita.
Serupa. 

Tapi ayah. Sifatnya aku tak seperti kamu.
Mengapa? Bukan salah didikmu ayahku.
Tapi kerana aku. 
Aku tutupkan pintu hatiku. Pekakkan telingaku.
Dari mendengar semua nasihatmu yang hanya cuma satu. 
Iaitu ingin melihat aku maju.
Menuju redha yang SATU.

Ayah.
Pengorbanan mu ada ketika tak nampak di mata.
Walaupun sebenarnya ku tahu. Ia ada. 
Dan hakikatnya ia terlalu bersar hingga tak terjangka.
Tapi disebabkan aku ini anak. Ya anak yang penuh dosa.
Sering lupa. Alpa! Leka!

Ayah.
Semakin lama semakin dimamah usia.
Kudrat makin layu makin tiada.
Tangan menggigil sentiasa suara pulak dah nak tiada.
Tapi Anak? Sibuk kejar dunia hingga abai ayah yang tua.

Ayah.
Ampunkan aku yang selalu melukanmu.
Meskipun kau tak pernah jemu.
Memeluk ku.
Mencium ku.
Mengasihi ku.
Menyayangi ku.
Hingga hujung nafasmu.

Ayah.
Walaupun kini kau tiada di sisi.
Aku harap kasihmu abadi.
Hingga aku mati.
Daun layu sepi.
Dan bumi tiada lagi.

by,
NajlaMohayidin.

***

Salam people!
Hai semua. Nurkilan khas dari saya untuk semua manusia, hamba Allah yang rasa sesuai untuknya. Sekarang ramai anak-anak, remaja, gadis, yang sering berkata,

"Lepas kahwin aku pakai lah tudung, taknak suami aku dapat dosa. Sekarang takpe aku tak kahwin lagi."

"Weh pakai ah tudung sian laki kau, dapat dosa. Kau kan dah kawin?"

"Weh cantik tak aku pakai tudung? Boyfriend aku suruh lah. Demi dia ni. Sweet kan aku?"

Wahai adik-adik, kakak-kakak sekalian.
Ingatlah tuntutan memakai tudung adalah WAJIB.
Bukan kerana pokwe, ataupun lakimu.
Tetapi kerana LILLAHI TAALA.

Apa kaitan nurkilan saya dengan ayat tudung2 ni? Apa kaitan dengan ayah?

Ya dengar sini adik kakak sekalian. Sedar tak kita bahawa sebelum kita berkahwin dan mempunyai suami, segala dosa kita adalah ditanggung sepenuhnya oleh Sang Ayah? Allahu Robbi. Tak kesian ke kat ayah? Ayah solat siang malam. Mengaji pagi petang. Terbongkok-bongkok termengah-mengah nak kumpul pahala Allah kita senang-senang nak bagi dia dosa? Astaghfirullah hal azim. 

Ingatlah adik kakak sekalian, ayah kita tu dah banyak berkorban untuk kita. Masa tenaga kudrat wang segalanya! Hargai lah mereka. Sayangi mereka. Bukan hanya dengan memandikan mereka dengan wang ringgit. Tidak! Bukan itu yang mereka perlukan sebenarnya, tetapi kasih sayang! Turut perintah Allah, dengar kata mereka, bantu mereka untuk kutip pahala. Kasihanilah mereka wahai adik kakak sekalian. Ingat ya, rambut yang kita tak tutup itu, akan menarik ayah kita ke Neraka Jahannam. Allahu Robbi.

Harap perkongsian ini ada manfaat dan ada baiknya. Yang mana elok ambil. Yang mana tersalah, adalah atas kekurangan saya. Andai ada khilaf yang mahu ditegur, persilakan. Saya tak makan orang. :)

Jazakumullah khairan kathira!
Jaga aurat! 
Jaga iman! 
Salam!

No comments: