Wednesday, June 19, 2013

Istikaroh sebaik jalan.




Assalamualaikum semua.

Kali ini nak kongsi tentang perasaan berbaur dan cara penyelesaian yang akan saya ambil. Iaitu istikaroh.
Sebenarnya saya mempunyai sedikit masalah dalam membuat keputusan. Heh saya ekceli taktahu acano nak cerita. Saya nak masuk study then ada dua choices untuk tempat tinggal. Either rumah sewa atau asrama. Allahu Akbar.

Masalah ni sebenarnya bukan nya masalah. Ia peluang dan ruang untuk saya. Mesti ramai yang pelik dan tertanya tanya kenapa saya susah-susah peningkan kepala untuk buat keputusan. Perkara mudah bukan? Tapi sedara sedari sekalian, saya susah untuk buat keputusan ni atas dasar kasih sahabat.

Tahu apa itu erti sahabat?

Sahabat itu yang sentiasa ada bersama kita tak kira susah mahu pun senang. Naik-turun, jatuh-bangun, nangis-ketawa, dia ada. Ya dia ada. Biarpun kenal tak selama yang dijangka, tapi jika dia begitu, ya akan aku anggap sahabat!

*Tukar aku ye? Mungkin lebih selesa Ihik*

Aku ditawarkan untuk menduduki asrama. Tapi berlawanan pula dengan sahabat ku. Dia tidak. Ini masalah nya. Memang ada banyak kelebihan nya dan lebih baik kelebihan nya tinggal di asrama. Tapi secara jujurnya berat hati aku untuk jauh dr sahabat aku. Lebih lebih lagi bila dia mengatakan yang sedih hatinya. Kami tak pernah jauh.

Sesudahnya aku pun memilih untuk meminta pandangan beberapa orang yang boleh memberikan aku kepuasan dan ketenangan. Akhirnya aku memilih untuk menerima tawaran asrama atas beberapa faktor yang tertentu. Kalau aku tak bagitahu pun, korang semua pun boleh fikir. If duduk asrama first thing first is JIMAT! Boleh simpan duit buat top-up collagen. Aher her her

So aku decide, if berkesempatan nak buat lah istikaroh supaya hati aku lebih tenang dengan keputusan yang aku pilih ni. Ni kot first time nak buat istikaroh. Second time? Kahwin nanti. Ahaks! =p

Sedikit tatacara solat yang aku faham and tahu lah kan. Macam biasa niat dia.


sahaja aku solat sunat istikharoh 2 rakaat tunai kerana Allah taala


Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:


Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!


Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

Tersebut antara tatacara yang sebaiknya dilakukan. Selepas selesai bolehlah kita membaca doa istikharoh seperti begini


Ha begitulah antara tatacara yang kita boleh lakukan. Semoga urusan kita dipermudahkan dan apa yang kita hajati akan tercapai. Hukhuk. Saya tengah redhakan hati. Doakan saya dan sahabat kesayangan saya di bawah lindungan dan rahmat Allah ya semua.

Assalamualaikum! 

No comments: