Tuesday, July 16, 2013

Program Raudah Ramadan Bersama Anak Yatim : 20 July 2013




Assalamualaikum w.b.t semua!

Team Harian Islam akan mengadakan satu program kebajikan di mana ia melibatkan anak-anak yatim di Rumah Perlindungan Al-Nasuha Gombak.

Program kebajikan di bulan Ramadan. Sangat menarik wahai rakan taulan sekalian! Pahala berlipat ganda. Segala details tentang program telah disertakan seperti di dalam gambar. Semoga semuanya berjalan dengan lancar InsyaAllah! Doakan kami ya!

Yang sedihnya, saya tak dapat join team untuk sama-sama menggembirakan mereka. Sedih? Sudah tentu! hanya Tuhan saja tahu. Kalau nak di ikutkan, dalam hidup tak pernah join benda-benda macam ni. So ini kali pertama dan diberi peluang untuk berbakti. Tapi......tiada rezeki. Sebab ada kuliah waktu program ini dijalankan. Sobs 

Takpelah. Tuhan aje tahu sebab ape aku tak berpeluang untuk join. Kan kawan-kawan?

Jadinya. Aku mohon kalian doakan supaya program ini berjalan dengan lancar ya? Semoga Allah permudahkan segalanya.

Ikhlas menggembirakan mereka kerana Allah, suatu hari nanti kita akan diberikan berita gembira dr Allah. InsyaAllah.

Khas buat team Harian Islam,

Goodluck okay! Saya doakan apa yang korang rancang Lillahi tu diberkati dan dipermudahkan. Nanti jangan lupa kongsikan kegembiraan bersama dengan eden nanti yo! Sadis. May Allah ease. Amin.

Itu saja lah kot dari saya. Nak rushing pergi study ada kuiz. Aaaaaa pray for me. Assalamualaikum!

Sedikit kenangan bersama Team Harian Islam // Bercinta Selepas Nikah




No comments: