Friday, July 19, 2013

hati-hati dengan hati.


hati orang. kita tak boleh tak jaga. nanti orang akan selalu kata -- jangan buat orang terasa boleh dapat dosa. ye. memang betul. tapi kita kadang-kadang fikir jugak. habis hati kita ni takde orang jaga. tak apa ke? k tak apa. *renung nasib*

memang. memang susah nak jaga hati. bukan jaga dr tak buat orang terasa aje. dr lekat dosa tu pun payah gila nk jaga. kalau lah boleh bungkus hati ni, masuk dalam tupperware tutup keketat. *wondering*

situasi:
Pergi bazaar.

Pergi gerai sana. Nampak orang gitu.
Pergi gerai sini. Nampak orang gini.
Pandang depan. Centu pulak.
Pandang belakang. Allah camni pun ada.

Hati mesti terdetik untuk cakap. 

"Allah! Pesal dia pakai gitu. Nampak itu ini aduhai malunya. Teruknya"

"Ish pesal lah dia gini gini blablabla"

"Duh makcik jual kuih ni jambul tersembul blabla"

mesti ada yang pernah terdetik gini kan? kalau sesape yang takde tuh memang tahniah aku ucapkan. anda cemerlang! tp aku tak nafikan benda ni memang susah nak jaga. aku kengkadang pun tersasar jugak dr landasan mengawal hati.

peh susah kot. gulp

sebab tu orang selalu pesan. banyak kan istighfar.
kita selalu diingatkan jaga pandangan.
bermain kat kepala jaga kata-kata.
dan semua orang tahu. hati kene jaga.

tahu apa itu husdnuzon?
bersangka baik.

jadinya bersangka baik lah adalah juga satu cara untuk elakkan hati/fikiran/mulut kita ni dari judge orang bukan-bukan. kata orang macam-macam. 

so, amalkan!

ekceli ada banyak part if nak cerita pasal hati ni. serious banyak. ada banyak part. contoh cam persahabatan/ikhtilat/pergaulan/keluarga and love! tapi aku malas nak sentuh yang lain nanti tak habis. ni aku fokus pada dua je. dua k iaitu:

jaga hati -- dari duk sangka bukan-bukan atau mengata orang. dalam erti kata lain jugak husdnuzon terhadap orang lain. **macam yang dah terang kat atas ah k.
jaga hati -- dari duk buat orang terasa hati ngan kita. which means jaga hati orang. sebab bila buat salah ngan orang ni. kita kena mintak maaf ngan orang tu.

jaga hati orang.
part ni boleh tahan susah.

aku ulang. jaga hati orang.

dalam hidup ni. kita mesti akan ada hidup ngan ramai orang. kita takleh nak hidup sensorang. memang takleh. so bila dah hidup reramai ni, hati pun for sure ada ramai eh banyak. ada banyak hati. means banyak yang perlu di jaga. 

so nak jaga tu. kena tengok keadaan jugak, masa tempat dan ketika. kalau benda tu tak mudarat, kita mang kene jage ah cite dia en. tp kalau benda tak elok, nak jaga lagi, aku rasa takyah ah kot. dia depends tau sebenarnya. bukan aku kata takpayah jaga. tp kena tengok keadaan. aku ulang. tengok keadaan. *kene ulang takot ada yang carik point nak bash aku*

contoh lak macam berkawan. kawan kan ramai. peh ramai memang tak agak lah. so nak kene jaga semua kan? ha ini maksudnya. hati orang kita kena jaga. jaga sedaya dan semampu kita. walaupun diorang tak jaga hati kita. aku banyak kali gak kene remind diri pasal ni. 

contoh cam:

minah ajak jemah ngan senah keluar pergi jalan-jalan.
sedangkan limah pun kawan mereka tetapi tidak diajak.
tuptup pergi makan. cumanya bertiga saja.
limah disisihkan.

terasa bukan?
tapi biarkan. 
jangan balas.
senyum aje.

dan limah, tak pernah lupa untuk mengajak mereka semua.
walaupun dirinya sering diabaikan.

sabar itu indah bukan?

jaga hati kawan sebolehnya, even hati kita tak terjaga

tu je aku pegang sampai sekarang. sebab aku yakin Allah akan jaga hati aku. 

dan;

biar orang buat kita, jangan kita buat orang.



sekian dari aku.
gadis biasa.
yang tak mampu bahagiakan sesiapa.

Assalamualaikum.

No comments: