Friday, August 16, 2013

"Wahai adik, ujian diberi Tuhan pd kita tanda sayang."


Beep beep. Bunyi fon cokia aku menandakan ada 1 mesej masuk. Akibat gegaran kuat hampir saja terhempas ke lantai. Aku capai gadjet yang paling setia itu. Ku tekan button read message.

"Assalam kak Najla. Adik ada masalah ni kak. Sedih sangat"

Mesej dari salah seorang adik usrahku. Allah. Kenapa pula dengan dia ni? Risau menerpa dalam hatiku. Bermacam soalan bermain dalam benakku. Ah sudah kenapa ni.

Aku tekan keypad lusuh segera membalas. 

"Wasalam sayang. Kenapa ni?"

**
"Akak, saya share ngan akak ni sebab saya percaya ngan akak. Akak kenapa bila kita berubah ujian tu kekadang sakit sangat kak? Saya sedih kak. Bila saya jadi baik, kawan-kawan ada yang tak suka. Yang dulu nya bestfriend saya, sekarang dia menjauhkan diri kak. Sedihnyaaaaaa"

Allah adikku. Seandainya kau tahu yang aku jua pernah merasai semua itu. 
Jatuh tersungkur dikala hati sedang mencuba bangkit, tapi tiada siapa sudi bantu menjijit segala perit.
Terkapai keseorangan dalam mencari Redha Nya.
Sendiri. Bersama Tuhan.

Tiada teman yg sudi.

Sendiri. Bergenang air di tubir mata merasai kepedihan yang kau rasakan adik. Lalu ku balas --

"Wahai adik yg ku sayang. Setiap apa yang Tuhan beri. Itu adalah tanda cinta Dia untuk kita. Kuatlah dik! Kuat demi Dia. Semua ni sebab Allah nak tengok apa kita ni bersungguh-sungguh atau tidak dalam mendekati dia. Dia nak tengok ape kita putus asa tak bila diduga sebegitu rupa. Ingat wahai adikku, selangkah kita bersusah kerana ingin mencapai redha Allah, beribu langkah Dia mendekati kita. Hiraukan kata-kata manusia kerana, yang menghidup dan matikan kita, yang memberi kita pahala, itulah Allah. Bukan mereka ; manusia. Kawan yang baik, adalah yang menyokong jalan kita menuju Tuhan dik. Bukan yang mematahkan semangat kita utk berubah. Tetapkan hatimu dik!"

***

Message sent!

***

Wahai adik. Sesungguhnya kepedihan mu, turut ku rasai. Tabahlah dikau seperti mana yang aku percaya. Tuhan takkan uji kalau kita tak mampu dik. Ingatlah, bila mana kita berubah pelbagai ujian yang datang. Sama ada ujian yang datang itu menggembirakan atau memeritkan. Allah akan hantar rakan-rakan yang akan mendekatkan mu dengan Dia. Di saat kau betul betul memerlukan bantuan.

Dan Allah akan hantar mereka-mereka yang akan menjatuhkan kamu -- di mana pada saat itu kau perlu buktikan pada semua yang kau mampu bangun kerana Tuhan mu!

Ingat kan sayang yang Allah tu maha mengetahui setiap apa yang kita tak tahu? 
sabar okay?
*senyum*

Beep beep. Bunyi mesej masuk. 

"terima kasih kakak! sayang akak!"

Allah sweet jugak adik usrah sorang ni. Senyum ke telinga aku. Hati berbunga. Inilah penangan bulatan gembira. Keluarga usrah yang memang susah nak dapat kat tempat-tempat yang biasa-biasa. Yelah, kerana harga Syurga tu mahal kawan. Usaha sikit! Usaha join usrah. Usaha untuk Redha Tuhan. Usaha untuk Syurga.

*buat jari peace*

Jari montel aku tekan keypad. Satu persatu ku tekan.

"Be strong ya sayang. Kakak loves you more. take care."

***
Kisah untuk dijadikan pengajaran.
Di ubah ler sikit ye dok? Tp input tetap sama.

Alahaaaaiiii. Manis nya berukhuwah kerana Allah. Semoga Allah redha.

No comments: