Monday, October 7, 2013

Rapuh hati.

[nurkilan pada suatu malam yang hening]

Malam ini.
Secara tiba-tiba aku rasa sebak yang amat. Rindu.

Baru sedar yang Papa patutnya dah rest dah time-time macam ni. Bukan kena kerja keras lagi untuk anak-anak. Kerana umurnya sudah capai lebih dari separuh abad. Sudah tiba masa di mana papa rehat di rumah.

Mama juga. Sudah mencecah separuh abad umurnya. Dari kecil hingga kini, juga berpenat lelah untuk anak-anak. Sering ingin melakukan dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Dan aku?
Dah 20 tahun hidup kat dunia ni.

Apa yang dah aku korbankan untuk mereka?
Ada tak aku bagi kegembiraan pada mereka?

Paling koman pun, pernah tak aku senang kan mereka?

Pause.
Nangis.


Rindu tak terkata.

Semoga Tuhan memanjangkan usia papa dan mamaku.
Merahmati dan melindungi mereka.
Sentiasa memberi kesihatan yang baik buat mereka.
Sentiasa mengabulkan doa-doa mereka.
Sentiasa permudahkan urusan mereka di dunia juga di akhirat.

"Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama robbayani soghiro --


Ya Allah! Ampunilah aku, kedua ibubapaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil."

Dan juga buat semua papa mama/daddy mummy/ayah ibu/abi ummi di muka bumi ini.
Moga Allah rahmati kalian.


Allahumma Amin. :')




4 comments:

Farah Waheda Wahid said...

ada kalanya memang kita akan diterpa rasa sebu dan sebal sebegini bila mengenangkan kehidupan...

najla mohayidin said...

F.Waheda : Betul tu kak. Sebak yang teramat sangat :'(

Pok Cik said...

ibu dan ayah sesungguhnya adalah ibarat buku panduan yang wajib kita baca hari-hari...hargailah mereka selagi mereka masih bernyawa....

najla mohayidin said...

Pok Cik : betul tu. terima kasih :)