
Lama dah tak dapat nak join kerja amal macam ni. Semua sebab tuntutan belajar. Kali ni Alhamdulillah ada program dengan team Harian Islam, UPGX, Rayyan Haya, DNTC, Sensation Vibe Family & Friends dan paling terkini dengan KKB Mega 2013.
InsyaAllah, kita akan bawakan anak-anak Syurga ni (nak kata anak yatim nanti orang anggap semuanya anak yatim pula. risau-risau kalau ada yang tidak yatim cuma terbuang keluarga, dll) ke Melaka Zoo & Night Safari.
Jom sama-sama menyumbang untuk mereka. Kami sukarelawan sikit pun takkan amik duit dr sumbangan korang. As mention here, we as volunteers :
- Bayar sendiri
- Guna transport sendiri, penganjur tak sediakan transport untuk sukarelawan
- Tiada hadiah/hamper untuk sukarelawan
- Sukarelawan join seikhlas hati
Tapi, insyaAllah sukarelawan dapat kemanisan ukhuwah. :)
So waktu-waktu cuti semester ni la nak join benda-benda macam ni. Time ada peluang ni la nak kena gunakan sebaiknya. Jom join dan menyumbang. Untuk maklumat yang lebih detail, boleh view sini --> click
Kalau tak menyumbang pun tak apa, tapi iringi kami dengan doa.Wassalam
#inidakwahcarakami
No comments:
Post a Comment