Tuesday, November 5, 2013

Charity Outing 2.0 by Harian Islam -- Buat aku menangis.



Assalamualaikum.
Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam.

Apa khabar hari anda? Semoga semuanya di bawah naungan redha Allah. Alhamdulillah semalam bersamaan dengan 4 Nov selesai sudah program Charity Outing dari Harian Islam.


Tujuan program ini adalah salah satunya untuk memupuk sifat-sifat keinsafan dalam diri kita bahawa setiap apa yang Tuhan kurniakan pada kita adalah patut kita syukuri. Setiap masa kita syukuri. Sama ada kurnia Nya dalam bentuk dugaan atau kebahagiaan. Perlu kita syukuri. Kerana tanpa kita sedari, kadangkala yang dugaan itulah memberi kebaikan pada kita. Siapa saja cuma tahu? Kita? Tidak sama sekali. Cuma DIA di atas sana. Perancangan Nya tiada bisa ditandingi sesiapa. Jadi belajar bersyukur dan menghargai setiap apa kita punya.

So dah bersyukur untuk hari ni?
Alhamdulillah for today Ya Allah. And Alhamdulillah because never give up on me.

So hasil dari kutipan dan sumbangan mereka-mereka yang sudi kami pihak Harian Islam telah berjaya membeli sebanyak 100 helai kain pelikat, 100 helai baju, 100 pasang selipar dan makanan secukupnya beserta dengan sedikit makanan ringan seperi coklat muffin dan apam polkadot.

Kain pelikat yang dibeli untuk disumbangkan.
Troli dipenuhi selipar yang dibeli 
Baju-baju dan kain pelikat yang sudah dipacking. Baju Rabia tuuuuu
Makanan yang sedang dipacking. Antara sukarelawan yang hadir membantu.


Seramai 50 sukarelawan yang telah diterima untuk membantu kami dan sukarelawan telah dibahagikan mengikut dua kumpulan bagi memudahkan pencarian homeless. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sukarelawan kerana sudi menghulurkan bantuan untuk memudahkan segala kerja. Semoga Allah rahmati kalian!

Kumpulan yang diuruskan Kak Fateen dan Kak Sakinah

Kumpulan yang diuruskan oleh Muhammad dan lain-lain :) (ni group saya hehe)

Kami telah berjalan ke serata kawasan dari Masjid Jamek hingga lah ke Petaling Street, kawasan Pudu dan sebagainya. Berpecah kepada 2 kawasan dan Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Segalanya makanan, pakaian telah berjaya disedekahkan kepada mereka. Para sukarelawan telah membantu dengan sebaik mungkin. Banyak pengalaman yang dapat kami kumpul untuk dijadikan pengajaran dalam hidup. Ada yang pahit mahupun manis, semuanya telah kami semat menjadi manis. Semoga Allah redha dengan usaha kami ini. Dan mohon di doakan agar Harian Islam terus maju dalam menyebarkan dakwah dalam membantu insan-insan yang memerlukan. 

Antara gelandangan yang telah berjaya membuat air mata mengalir :')
With team Harian Islam dan adik kakak volunteers

Untuk sebarang update atau berita mengenai program kalian boleh lah like page Harian Islam di FB. Semoga Allah rahmati kita, saya, awak, mereka, kalian dan semua umat Islam di dunia ini.
Sekian.

1 comment:

hehe said...

salam . sy berminat nak join harian islam nie . cmne ea