Monday, November 11, 2013

CSR Gotong-royong - Charity Work - Done yeay!


Assalamualaikum. Hai semua. Lepas selesai Program Charity Outing 2.0 by Harian Islam haritu, Najla ada program lain jugak dengan Harian Islam and DNTC and lain-lain rakan anjuran. Program ni yang before this Najla ada buat entry khas untuk program ni saja di mana dalam entry tu Najla bagi tau lah semua tujuan and motif, rakan anjuran and semua nya pasal program ni. So Alhamdulillah 9 Nov haritu dah berjaya berlangsung dan selesai.

Alhamdulillah. *senyum*

My name tag :)
Bersyukur sangat sebab hajat nak jadi volunteer untuk program macam ni tercapai. Sebelum-sebelum ni banyak dah program yang terlepas sebenarnya. Yelah kan, jadi student sepenuh masa ni kalau nak join benda-benda macam ni memang kena tunggu time cuti dah datang la jawab nya. So kali ni Najla berjaya! Alhamdulillah. :'D

Ceritanya plan dari 8 Nov haritu lagi macam mana nak gerak ke Zoo Melaka tu memandangkan Najla ni belum ada kereta sendiri lagi. Tsk tsk. (sabar rezeki belum sampai). Ingat kan nak over night rumah mana-mana kakak Harian Islam yang pergi. Tapi rupanya depa pun over night rumah kawan-kawan yang lain. So fikirkan balik, nak ke Melaka for sure lalu Seremban. So better tunggu kat Seremban je memandangkan Najla duduk area Kajang (Near to Semenyih which exactly in Beranang - sempadan N9 and S'ngor). Selepas difikir-fikir and mintak pendapat kakak-kakak ni maka Najla pun tunggu diorang kt RnR Seremban on 9 Nov tu. Kaklong Najla hantar kat sana and they (kakak Harian Islam) picked me there and we're ready to continue our way to Zoo Melakaaaaa! Yeah!

Acara gotong-royong start dalam pukul 9 and all the volunteers must arrived early for briefing tapi we all lambat sikit sebab pagi-pagi subuh tu kekakaks are from Putrajaya - they need to take the cupcakes and muffin from Kak Kinah at Putrajaya (sponsor cup cakes and muffin yang sodap). Kitorang lambat sikit sampai dalam pukul 9 pagi tak sempat briefing apa terus kemas-kemas goodies untuk adik-adik tu semua. They are from Madrasah Darul Aitam Melaka and Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz Melaka.

So kalau nak taip from A to Z kisah nya memang panjang. Panjang sangat! Kita pendekkan dengan gambar okay. Lets pictures tell everything :)


Gambar 1 : Sampai Zoo Melaka tolong packing-packing goodies untuk 'anak-anak syurga'. Gambar 2 : Mula gotong-royong bersihkan kawasan Zoo Melaka : dapat kawasan surau. Buat bunga rampai untuk wangi kan surau. Gambar 3 : Dah siap gotong-royong rehatkan diri dengan tengok birds show bersama adik-adik. Panggil je 'sexy ladiesss' terus keluar beramai-ramai. Bijak sungguh! Gambar 4 & 5 : Dah settle tengok birds show bawa adik-adik naik keretapi dalam Zoo tu. Volunteers tak boleh naik. Kena berjalan. Boleh kurus katanya :b Gambar 6 & 7 : Bersedia untuk tengok elephants show bersama adik-adik tapi malangnya tak dapat tengok sampai habis sebab hujan. Takde rezeki :') Gambar 8 : Muka penat gilaaaaa tahap apa dah. Rest jap tunggu abang-abang beli barang kat Mydin Melaka. Gambar 9 : Dapat rasa coconut shake Batu Berendam Melakaaaa! Sedaaap! Singgah sekejap beli on the way nak pergi rumah Bos Mamat -- Thanks semuaaaa untuk semalam! Semoga jumpa lagi @najlaanor @eilaazzahra @nabilahsolehah@niakma @yamuhammad serta family yg bagi kami makan hehe and others (Limi and friend, kak eli, pihak zoo melaka, kawan kak Fateen and volunteers yang lain- lain, serta adik-adik yang diraikan) MAY ALLAH BLESS ALL OF YOUUUU! :'D





Sekian saja untuk kali ini. Banyak lagi nak cerita tapi tangan dah lenguh. Salam!

2 comments:

Unknown said...

waaa...bestnya..ta pernah join activities mcmni.. teringin~ huhu

amalinamohayidin said...

http://stayhealthyandbeautifulinsideout.blogspot.com/

testingggg