Friday, July 25, 2014

TIPS | Cegah masalah jewghawwat.


Hey assalamualaikum gadis dan jejaka sekalian. Harini dah dah hari yg ke 28 ramadhan. Tinggal berapa hari je lagi nak puasa kan? Lepastu raya. Macam mana persiapan? Dah ready? Macam Naj simple-simple je raya tahun ni. Adik-adik je beli baju raya. Yang dah besar2 pakai baju lama, masih elok lagi. Yang penting bersih. Kan? *senyum

Okay dekat2 nak raya ni mesti ramai nak kelihatan lebih menarik di pagi raya. Dengan semua dah cantik tp tiba-tiba ada jerawat pulak kt muka kan? Tak syok lah macam tu kan. Naj pun faham sebab Naj pun kadang2 ade je jerr tu semua. So macam mana ni nak kasi settle jer-jer sekalian ni?




Okay ni ada sedikit info yang Naj dapat dari Klinik Wanita yang dikendalikan oleh, akak Sharifah Mutmainah Syed Mahzar, Pengurus Real Millenium Health & Beauty Academy Sdn Bhd.

Jerawat ni terjadi bila kecederaan pd tisu utama yg disebabkan white head & black head. Bila white head tu dicemari kotoran sedangkan ia berada dlm keadaan berminyak & lembap, white head tu akan akan senang tukar jd black head. (haish panjang sangat pulak nak sebut, Naj short kan je jd WH and BH tau)

BH ada sebum yg tersumbat (iaitu bahan berlemak yg dihasilkan oleh kelenjar minyak). Biasanya BH susah nk keluarkan kerana ruang folikel yg kecil kalau nk dibandingkandgn saiz BH yg besar. Bila kandungan sebum dibawah/dalam ruang folikel tu bertambah maka ruang folikel tu akan terhakis dr dlm & membesar, so akan sebabkan kulit cedera & sebabkan nanah dalaman & akhirnya nah--JERAWATs!

So ni jenis-jenis JERs!

1) Jerawat ringan- Biasanya sedikit BH & jerawat. Kurangnya warna kemerah-merahan pd kulit.

2) Jerawat sederhana- Biasanya akan banyak bintilan jeragat dan jerawat yg berwarna hitam & merah.

3) Jerawat kronik- Alami banyak nodul besar yg berwarna merah & terasa sakit & berdenyut pd bahagian muka, dada, belakang badan & anggota tubuh yg lain. Radang kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengeluarkan kuantiti minyak & sebum secara berlebihan & menyebabkan kelenjar minyak tersumbat. Bila ni terjadi, maka WH akan muncul dgn banyaknya! sambil merancakkan pertumbuhan jerawats!

Punca JERs!

1) Hormon
2) Bakteria
3) Pemakanan
4) Stres
5) Alat solek
6) Cahaya Matahari
7) Pakaian

Antara Tips hilangkan JERs!

  • mencuci waah 2X sehari bg menghindari masalah jers
  • sesuaikan kosmetik dgn jenis kulit anda mungkin akan menghilangkan jers
  • hindari kosmetik yg berminyak utk menghilangkan jers
  • keringkan wajah dgn kain bersih setelah cuci muka/mandi sbb bakteria suka tempat yg lembap & hangat
  • banyak minum air putih minimum
  • gunakan pelembap akan membantu menyihatkan kulit
  • selalu pastikan kulit anda bersih sebelum tidur dgn cuci muka
  • banyak makan sayur & buah
  • tidur yg cukup & teratur
  • sentiasa bersihkan kulit jika berminyak- elak dr berminyak!
Okay itu antara sedikit tips yg Naj share dr KlinikWanita tu tau. Mungkin korang pun ada tips? Boleh lah share. Kita kongsi-kongsi k? *senyum

Kalau macam Naj, Naj ada makan supplements shaklee. Ni salah satu usaha Naj utk jaga kulit Naj. Dari jerawat and jeragat, ia juga sekatakan kulit Naj and lebih cerah dr dlu yg kelabu asap hehe. Kalau macam set kecantikan shaklee dia ada;
1) Vitamin C plus
2) Vitamin E complex
3) Vitamin B complex



haaa semua ni utk kulit. Kalau interested ? Boleh order dengan Naj, kalau nak order sendiri pun boleh. 
Okay lah nak tolong Mama buat kuih raya. Till then. Assalamualaikum--


Najla Mohayidin--
Sebarang pertanyaan | Order
019-5275145

xoxo--


No comments: