Thursday, September 10, 2015

Where is the rainbow?




Kadang-kadang, kita dah cuba untuk jadi kuat dan perkasa.
Habis semua daya kita guna sebab nak tahan dengan semua yang uji jiwa.

Tapi kita manusia.
Kadang-kadang kuat tu tak bertahan lama.
Mungkin seminggu dua orang nampak kita macam biasa.
Sado macam takde benda bergelora dalam jiwa.
Ye. Seminggu dua boleh la cerita.
Lama-lama rabak juga tembok yang jenuh kita bina.

Berat dada simpan semua.
Nak diluah nak dicerita tapi tak tau telinga mana yang patut diguna.
Pada akhirnya hanya akan dikata, 'ah dah kau memang bodoh begitulah habuannya'
Macam mana? Terima sajalah ceritanya.

Itu mungkin cara untuk kita yang belum jumpa kembali Tuhan.


Bagus nya adalah dengan mencari kembali di mana silapnya kita.
Bagus nya adalah dengan nilai kembali di mana letaknya Tuhan dalam hati kita.
Bagus nya adalah dengan reset kembali niat dan tujuan hidup kita.
Bagus nya adalah dengan kejar kembali Pencipta kita.
Bagus nya adalah dengan basahkan bibir dengan zikrullah.


"Cari DIA, jumpa semua."


Tanya diri.
Bila last baca Quran?
Bila last menangis atas sejadah?
Bila last beri infak?
Bila last solat taubat? Tahajjud?
Bilaa bilaaa bilaaaaaa??


*headshot*
*terjun bangunan*


Percaya.
Bahawa Allah takkan uji kita di luar kemampuan kita.
Pegang ayat tu sampai bila-bila.
Pelangi akan muncul selepas hujan ribut.
Jadi, hadap.

Tak percaya?
Buka Surah Al Baqarah ayat 286. 
Okey?


"Orang sabar dapat lebih."


Jangan tanya kenapa. Percaya saja.
Ingat, kita cuma hamba. Dan kita bukan siapa-siapa.


*Qasidah playlist on*





Menanti pelangi,
NajlaMohayidin.






No comments: