Sunday, September 20, 2015

Dare to read ?



[Alhamdulillah. You're the one choosen by Allah to read this, and make a change]


What are the purposes of life? Pernah tak terfikir apa tujuan hidup kita yang sebenarnya? Sebenarnya kenapa kita dihidupkan atas muka bumi ni? Sebenarnya aku pun sama jugak lah macam orang lain. Ada juga lah terfikir. Tapi fikirnya tu, on that time je. After that, puufff. Semuanya hilang sekelip mata. Tiada pun usaha untuk kaji, 'kenapa?' dan 'mengapa?'

Biasanya kita ni, bila ditanya, "apa sebenarnya tujuan hidup kamu?"

Jawapan yang pasti atau kira macam jawapan cliche lah kan, mesti camni;
1) untuk beribadah kepada Allah
2) untuk jadi hamba Allah yang taat perintah & meninggalkan larangan

Nak yang best sikit;
3) untuk menjadi abid dan khalifah atas muka bumi

Okey jawapan di atas semuanya betul. Tapi sekarang nak tanya, kita faham ke ape maksud beribadah kepada Allah tu? Ape maksud jadi hamba Allah yang taat tu? Dan paling best, apa sebenarnya maksud abid dan khalifah atas muka bumi tu?

Cukup ke dengan sekadar solat, baca Quran, tutup aurat, jaga pergaulan ? TAPI, kita tak faham apa yang kita baca dan lafaz hari-hari, kita tak faham cerita yang ada dalam kalam Allah tu. Konsep nya begini, kita buat semua nya itu, tapi dalam hati kita tak ada rasa cinta dan kasih dan takut pun pada Allah itu. Dan kita tak jelas pun, bahawa Allah tu siapa sebenarnya.

Yang kita tau--
Allah ciptakan kita. Buat larangan dapat dosa. Buat perintah dapat pahala. Nanti mati masuk syurga atau neraka. Itu je. Tapi cinta tu, tak ada.

Atau contoh lain yang kita tau--
Hidup kena dapat redha Allah.

Sekarang ni nak tanya--
Redha Allah tu macam mana? Buat yang disuruh, tinggal yang dilarang...? Macam gitu je?

Jadi ape fungsi kita sebagai abid dan khalifah tadi tu?

Lebih mudah begini. Sekarang ni, manusia sibuk untuk pilih cabang-cabang pokok daripada akarnya. Contoh macam, kita didik diri kita untuk pakai pakaian elok-elok tutup aurat, jaga hati jaga pergaulan. Benda tu bagus. BAGUS SEBENARNYA. Dan TAK SALAH (hehehe sorry kena capslock nanti ada yang salah faham apa yang nak disampaikan kihkih). Tapi ianya cuma sekadar itu. Dah tutup aurat, then, dah. Itu je. Kita buat semua tu tapi dalam hati takde rasa cinta and sayang dekat Allah dan Rasul pun.

Kita sibuk dengan cabang pokok, tapi kita buat tak kisah dengan akar umbi pokok. Yang mana akar itu lah yang menguatkan cabang pokok tersebut
-- maksud kat sini, kita sibuk dengan benda lain tapi dalam hati kita, kita tak isi dengan Allah dan Rasul pun. Main point dia, akidah kita. Sekarang ni akidah kita macam mana? Mungkin kita lupa, bahawa akar yang baik akan menghasilkan cabang yang baik. Jadi macam tu jugak kita, manusia. Akidah yang baik dalam hati, akan menghasilkan abid dan khalifah yang sejati.

Naahhhh sekarang cuba kita sama-sama. Renung dan faham balik apa sebenarnya tujuan hidup kita atas muka bumi ini, dan kenapa kita dihidupkan. Kan kita tahu bahawa Allah itu tidak akan menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Kan?

Tepuk dahi,
Tampar pipi.

Dalam surah al-baqarah, ada menceritakan bahawa, semua yang Allah ciptakan atas muka bumi ni, semuanya adalah untuk kita. Untuk kita guna bagi mencapai tujuan dan matlamat hidup kita. Sekarang apa tujuan & matlamat hidup kita? Sampaikan segala apa yang Allah cipta tu adalah untuk kita guna bagi capai tujuan hidup tu? Cuba lah bayangkan. Subhanallah ciptaan Allah sangat hebat sangat banyak. Dan semua tu diciptakan untuk kita.

So apa sebenarnya matlamat hidup kita?

Headshot. Triple headshots.

Allah takkan ciptakan kita dengan sia-sia. Dan kalau dah dalam al Quran ada ceritakan, bahawa semua atas muka bumi ini diciptakan untuk kita guna bagi mencapai matlamat hidup kita, maka kita sebenarnya ada peranan kita yang sangat besar, yang perlu kita capai. Cuba fikir, kitaran hidup kita sekarang ini ada beza ke dengan haiwan?

Kita lahir, kita membesar, jadi remaja, kita makan, kita kerja, ada family, ada anak, tua, sakit dan mati.
Haiwan lahir, haiwan membesar, jadi besar, makan, kerja cari makanan/tempat tinggal, ada family, ada anak,  tua, sakit dan mati.

Fikir. Apa beza kita dengan haiwan if life cycle kita cuma macam itu sahaja? Kita manusia, dan kita diciptakan dengan akal, jadi kita perlu make something, untuk jadikan kita lain dan special. Supaya life cycle kita tak sama macam life cycle haiwan. Setuju?

Sebab itu, kita perlu faham akan akidah kita. Akidah hidup kita. Kalau kita betul-betul faham, kita akan tahu apa sebenarnya tujuan kita dihidupkan.

Mana mungkin keluarga Yassir sanggup menahan segala seksaan, Sumayyah dipakaikan baju rantai yang diperbuat daripada besi dan dijemur di tengah panas, sanggup bertahan sehingga hembusan nafasnya yang terakhir, ditikam dengan lembing sehingga meninggal dunia, demi pertahankan pilihan agama yang dianutinya iaitu agama Islam.

Bilal bin Rabah diseksa hanya kerana memilih untuk perjuangkan agama Islam. Diseksa di padang pasir yang panas dan terik, dengan diikat kedua belah kaki dan tangannya, diletak pula batu besar di atas perutnya. Semua seksaan itu dihadapinya kerana telah memilih Allah dan Rasulullah dalam hidupnya. Mulut sentiasa menyebut "ahad.....ahad..." sewaktu diseksa tanda beliau mentauhidkan Allah yang satu.

Mana mungkin semua itu terjadi kalau insan-insan hebat tersebut tak jelas dan tak faham tentang akidah dan matlamat hidup mereka. Kan?

Itu kisah mereka pertahankan agama. Kita?

Hantuk kepala kat dinding

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji lagi?” (Surah Al Ankabut, ayat 2).

Cukup ke kita kata kita beriman sedangkan kita tidak diuji lagi? So one of road back to Allah is, hadam segala apa isi dalam al Quran. Indeed, itulah kita punya panduan hidup. Isn't? al Quran dan as Sunnah itu diturunkan sebagai panduan untuk kita. Bukan dengan sekadar disusun rapi di atas almari lalu di biar sepi.

Semuanya tidak pernah akan sia-sia. Cari DIA, jumpa semua.

P/s:- Just my 2cents point. Correct me if I'm wrong. Yang baik dari Allah. Yang buruk kelemahan saya sendiri. Pisyo !
P/s/s:-  Alhamdulillah I've found my usrah's family here. Thanks Una for this kind of muhasabah diri ! Allah bless you usrah-mate ;)




Merangkak menuju Tuhan,
NajlaMohayidin





No comments: