Wednesday, December 2, 2015

Kenapa suka sangka-sangka?



Assalamualaikum w.b.t

Hai. Dah Disember dah kan? Sekejap je rasa. And aku pun dah nak abis semester dah. Kejap je nak exam dah wei. Meh aku nak share sikit jadual exam aku dengan korang, moga-moga ada yang sudi mendoakan kejayaan aku lah ye? Hiks. Terima kasih didahulukan.

educational psychology - 29 disember - 9pagi
telecommunication and networking - 5 januari - 9pagi
technocrat and development - 31 disember - lepas paper malaysia dynamic
malaysia dynamic - 31 disember - 9 pagi
fundamental technical and VTE - 3 januari - 9pagi

Ha ni lah jadual exam aku untuk semester ni. Korang doakan aku berjaya lulus dengan cemerlang ye? Syukran syukran!

Okay back to topik, apa sebenarnya yang aku nak cerita kali ni. Ikutkan benda yang aku nak share ni dia berkaitan dengan life orang zaman sekarang ni la. Biasalah zaman sekarang ni kan trend orang suka food hunting, suka pegi travel sana sini. Everything pergi sana sini tu, memasing mesti nak update punya. Tak kisah lah dengan facebook ke, twitter ke, instagram ke, konsepnya mesti update punya. Baguslah kongsi kan? At least orang lain pun boleh try-try nak pegi. Pasang angan-angan kan? Bukan bayar pun berangan. Free jek

Aku faham yang tak semua orang boleh nak buat camtu. Sebab aku pun sama, bukan mampu sangat nak food hunting sepanjang masa. Nak travel tu lagi lah oi. Tak pernah lagi nak ke sana ke mari. Cumanya aku nak cakap lah, kita ni bila tak mampu, kita jangan lah sampai benci pada orang yang mampu tu. Sampai dengki-dengki, sakit-sakit hati bagai.

IF kita nak fight for it tu tak kisah lah. Its good to be one of the person who experience semua tu, kan? Ya aku tau. Then, fight for it lah. Usaha. Kerja ke cari duit lebih sikit. Jangan lah sampai benci-dendam-iri-sakit hati-macam macam la lagi.

Kita be happy jelah for other person's happpines. Kan ke itu lebih baik? Kan? (smile)

Dengan kita be happy and always positif tu, baru lah life kita akan happy je even though kita tak pernah merasa pun semua tu kita still akan sentiasa happy. Believe me. Jangan lah terlalu busuk hati and always nak negatif aje. Kita kena ingat yang,

"Allah bertindak mengikut sangkaan hamba-hamba Nya"

Sebab tu kita di ajar untuk sangka baik, fikir aje yang baik-baik, barulah benda baik-baik akan datang kat kita. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Percayalah rezeki Allah tu luas. Allah akan bagi satu masa nanti dengan cara yang terpaling kita tak sangka.

Contoh macam kawan kau pegi jalan-jalan selalu. Kau pun tengok lah dengan penuh iri, "hey diorang ni bejalan je keje, pastu sibuk upload sana sini, banyak sangat lah duit tu????" (cakap dengan mata keatas kebawah melihat gambar yang kawan upload di instagram).

Hai lah kawan, tak baik tau macam tu. Ye, aku faham yang kadang-kadang kita jadi camtu sebab kita tak dapat merasa semua tu. Kita nak jugak camtu tapi tak dapat. Jadinya jangan lah iri. Lihat gambar tu dengan penuh positif, happy, dan kasih sayang. Berbahagia dengan kebahagiaan orang. Gembira tengok orang gembira. Itu lebih bagus. Cakap pada diri sendiri "takpe 1 hari nanti mesti ade rezeki aku." (senyum je). Be happy. Okay?

Rezeki orang lain-lain. Mungkin dia lebih pada bahagian travel-travel, food hunting bagai. Tapi kau lebih pada bahagian lain. Ingat tu. Allah tu adil.

Kaki kita tak sama. Pakai kasut saiz lain-lain. Kasut saiz 8 takkan nak pakai kasut saiz 4. Sakit la kaki nanti. Macam gitu jugak la konsep kehidupan. Rezeki lain-lain. Hang ada bahagian hang, dia ada bahagian dia. Allah takkan uji kau dengan benda yang tak mampu nak hadap. Allah takkan bagi kau benda yang kau tak perlu pun sebenarnya. Sebab apa? Sebab Allah maha tahu, bahawa hidup hang bukan ditakdirkan untuk hidup macam orang lain.

Be positive lovelies! Stay positive! Mwah
Goodbye!

okay jap nak share gambar dokeping saja gi makan-makan dengan best buddy. Ada rezeki lebih sikit kan apa salahnya =)




1 comment:

Farahain ZFA said...

hai , ain datang singgah sini dan follow awak.
salam perkenalan :)