Thursday, September 28, 2017

[MUST READ] - Skin routine: tips untuk improve kulit.


Hello. As per promised in previous entry, I want to share with you guys about my skin routine. I don't really sure if I should call it daily routine, or weekly or monthly hmm. Just assume it skin routine, okey?

So bagi girls kat luar sana (boys pun boleh jugak nak follow hihi), ingat tau setiap hari bangun daripada tidur, mesti lepas cuci muka kena pakai pelembap. Supaya kulit tak kering. Mempunyai kulit yang lembap adalah sangat penting ye awak, sebab....kulit kalau kering dia boleh mengakibatkan iritasi yang akan mengundang jerawat.


Deep Exfoliator/Cleanser | Hadalabo: Makeup remover/Cleanser

Okay now imagine.

Kulit kita kering. Kemudian bila terlalu kering, kulit tu akan jadi tegang, sampai crack/merekah. Bila dah crack tu, akan ada rasa macam pedih-pedih/gatal yang buat kita rasa nak garu/sentuh. Tu maksudnya iritasi. Then bila dah jadi macam tu mula lah naik rashes/jerawat. Kulit yang terlalu kering menjadi punca kepada berlakunya iritasi kemudian jerawat. So sebab itu penting untuk pakai pelembap.


Moisturizer: Aiken/Hadalabo/Elianto

Lepas dah pakai pelembap, kita pakai pula sunscreen/sunblock. Either one lah...tau? Jangan pakai 2-2 pulak amboi over nau. ihik. Macam I'olls pakai sunscreen everyday waktu siang. After solat re-apply. Kiranya bila tiap kali muka tu nak tadah cahaya mentari, silalah tepek sunscreen. Dah siap sunscreen baru lah pakai bb/cc/dd cream you guys tu. Atau ada yang pakai foundation apa semua tu kan, ha ikut you guys k.

Sunscreen/BB cream/Foundation (Tulisan tak paham tu brand Hadalabo ye)

so basically steps dia like these;
1) facial cleanser
2) moisturizer
3) sunscreen
4) cream/foundation
5) make up remover (malam before tidur)

untuk malam before tidur - WAJIB untuk guna makeup remover. sebab...siang kita sapu macam-macam kat muka, EVEN sikit sikit pun still kena bersihkan muka betul-betul. Kita tepek berlayer layer and IF pakai sunscreen wojibul ghunnah guna makeup remover. Somehow, if kita tak pakai apa-apa pun still muka akan ada kotoran sebab persekitaran kita tak bersih. Udara kotor, debu-debu/asap-asap melekat kat muka kita. Sebab itu penting cuci muka bersih-bersih before tidur. PENTING!

If ada serum atau apa apa repair cream ke, ha tepek malam masa tidur tu. Biar dia bekerja masa tu, skin to skin. Without any layer lain pun kat kulit kita. arasso?

Seminggu sekali atau 2-3 kali seminggu, remove lah dead skins kat muka tu. including white and black heads. ok? yang ni depend on skin/masalah yang dihadapi. scrub lah muka tu sekali sekala. secara tak langsung dia akan bantu memudarkan blemishes yang ada kat muka itu. lama lama scar akan hilang. yey!

So to make things more efficient, ini adalah 'bantuan-bantuan' extra yang boleh di add on untuk memudahkan skin care routine you guys. And yas, I use these helper, for sure!


Set detox shaklee + ESP + Garlic

omega guard + ESP + Vitamin E + Vitamin C - untuk membantu melembapkan kulit, menganjalkan dan melembutkan kulit, memudarkan parut jerawat, sekatakan warna kulit (lebih cerah - bertindak sebagai pelindung sinaran UV). Setiap supplement ini ada fungsinya yang tersendiri dan pelbagai. Tetapi untuk menyesuaikannya dengan sharing kali ini which is: skin routine, saya hanya menyebutkan beberapa saja fungsinya yang berkaitan dgn skin care routine.

Dan, alfalfa untuk membantu mengurangkan allergy. Alfalfa ni ada antihistamine, ia berfungsi sebagai anti-keradangan, contoh macam allergy kan, atau gatal-gatal muka, boleh telan alfalfa. Alfalfa juga digunakan sebagai light exfoliator. Scrub halus yang membuang kulit mati dan melembutkan kulit. Ini fav saya sebab every time rasa kulit dah start nak kasar: clogging/white head saya akan urut muka dengan alfalfa yang dah dihancurkan. Jadi macam masker gitu. Tapi ni kita urut. Jangan tonyoh sampai nak renyuk muka tu ya. URUT SECARA LEMBUT. After dah kering -- cuci and puff! You'll got that awesome result! Try laaaah! Best tak tipu. And ni pun salah satu cara untuk memudarkan parut. Saya juga sapu herbal blend cream ye, untuk soothing down mana-mana jerawat yang baru nak melihat dunia tu. Cream ni mentholated, and paraben free. Ianya merupakan multipurpose cream, boleh sapu dekat mana-mana rashes, dia akan soothing down rashes/acne tu, tak sempat nak bengkak pun (alhamdulillah) and yes, pudarkan parut juga. Best kan?

Ini bermaksud, saya menjaga kulit saya dengan perbetul dan improve saya punya skincare routine, dan juga dengan amalkan pemakanan supplements, and ubah lifestyle: detox. Untuk memudahkan pemahaman, kita recap balik ye anak-anak.

Salad Detox yang diamalkan

Apa yang saya buat?
-- ubah lifestyle. Detox. (ini pengorbanan. tinggalkan yang mana tak elok. ambil yang mana baik)
-- ubah skincare routine. (ikut step yang betul. dan product yang bagus)
-- amalkan makan supplements. (sebab saya tak boleh make sure semua nutrisi yang saya perlukan, dapat (or tak?) dipenuhi oleh makanan-makanan yang saya makan. that's why saya perlukan bantuan supplement.)

Contoh routine saya
Rutin yang saya selalu buat boleh tengok dekat gambar atas ni guys. Saya ada share dekat sini : ONE OF MY SKIN ROUTINE. Boleh bacaaaa taaauu guys :)

Ingat ya,
"Health is a real wealth and not pieces of gold and silver" -- Mahatma Gandi.

Kulit sekarang.

Jadi untuk dapatkan kulit cantik (maksudnya sihat), kena lah jaga badan dahulu. Bersihkan kotoran dalam badan, dan ia akan membantu percepatkan proses menyihatkan kulit pula. Nak cantik kan? Sacrifice girl! Now or never. Gitu je kekdahnya. Hee.

Till then,
NajlaMohayidin


No comments: