Wednesday, September 20, 2017

Pengalaman breakouts. And how I manage it, like very well.


Hai assalamualaikum. Saya mengharapkan awak-awak yang tengah baca entry kali ini semuanya dalam keadaan sihat, gembira, dan tenang dengan apa jua yang ada/datang dalam hidup sekarang ini.

(amin insyaallah)

Lama tak buat entry.
Tak tahu sebenarnya ke mana menghilang pergi.
Nak kata bawa diri.
Entahlah sendiri tak pasti.

(amboi pantun tetiba kan)

Okay so sharing kali ini adalah tentang BREAKOUTS (omg its about breakouts girls!). Ye kawan-kawan tentang breakouts. Ada yang taktahu ke breakouts ni apa? *gosok dagu*

Kenapa nak sharing pasal breakouts ni? -- jawapannya sebab diri ini sendiri pernah alaminya dalam beberapa tahun yang lalu. Zaman di mana confident level di tahap -infinity. aiseh melampau kan analoginya. tapi betul ni, memang confident level tak ada. bila jumpa orang menunduk sentiasa.

kenapa breakouts ni jadi?

1. boleh jadi sebab salah penggunaan skincare. maksudnya skincare yang berbahaya.
2. rutin penjagaan kulit muka yang tidak betul.
3. keadaan dalaman tubuh badan yang tidak sihat.
4. LIFESTYLE.


tadaaaaaaaa....! inilah kondisi muka saya semasa breakouts dulu. puas tuding jari sana sini. kononnya itu yang salah ini yang salah. tapi lupa nak reflek balik dekat diri sendiri, apa yang salah dengan diri kita sendiri. huuu. cikgu ajar nak selesaikan masalah kena kenalpasti punca kan? so punca kepada masalah saya ni adalah dek kerana LIFESTYLE yang tidak sihat. 

waktu tidur yang tak menentu + pemakanan yang tidak sihat + penjagaan kulit yang tidak betul + diet yang tidak seimbang. konsepnya, cara saya hidup (lifestyle) sangat tidak sihat.

jadi saya mengambil keputusan untuk ubah lifestyle saya. jaga pemakanan. untuk bersihkan kembali dalaman saya yang jadi penyebab masalah ini semua. saya dah hidup selama 24 tahun (++) and alhamdulillah untuk nikmat kehidupan itu. tetapi adakah saya mensyukuri kehidupan saya itu, dengan menyayangi tubuh badan saya, wajah saya, yang Allah beri ini? masa tu saya reflek, and yes, I NEED TO LOVE MY SELF. Allah beri hidup 24 tahun ++ tapi sekali pun saya dah pernah nak bersihkan dalaman saya. Saya tak cukupkan nutrisi yang badan saya perlu untuk sihat. saya makan ikut suka sampai satu masa, badan saya dah tak boleh terima semua tu, dan hasilnya. gemok + berjerawat + lesu.

Jadi saya ambil keputusan.

saya ubah pemakanan. saya ubah masa tidur saya. saya bersihkan dalaman saya yang dah berkeladak selama 24 tahun lebih tu, saya mula SAYANG diri saya sendiri.


repairing in progress..........
in progress.......

berbulan-berbulan saya detox. to make it short, untuk jadikan detox saya tu lebih berkesan, saya amalkan pemakanan makanan yang tinggi fibre/serat untuk mudahkan proses detox which is akan ada tempoh-tempoh tertentu yang saya akan makan salad sahaja. yes, only SALAD. don't worry you'll not hungry. and yes, saya detox dengan bantuan supplement juga, cause why? cause, it will make the process be more efficient. supplement untuk top-up nutrisi yang saya tak dapat daripada makanan, supplement untuk bantu bersihkan kotoran dalam usus, dalam hati, dalam darah. (yes detox ada 3 cabang/bahagian ye awak. boleh baca di entry ini untuk tahu lebih lanjut tentang: DETOX dan 3 cabangnya.) dan saya juga ubah lifestyle dengan lebih kerap keluarkan peluh. meaning saya exercise. if tak jogging, saya zumba je dalam bilik. workout. itu pun dah sweating dasyat amat dah. hihi


my skin routine. will share on next post. stay tuned!

saya jugak akan sentiasa positive kan diri ni, sebab nak build up balik confident level yang dah menjunam. sentiasa cakap pada diri, set dalam minda, YOU'RE BEAUTIFUL IN YOUR OWN WAY. Bila kita positive, kita akan lebih enjoy life. and dengan itu, kita tak stress. tahu kan, kalau stress lagi aktif pimples tu membiak kat kulit kita..? so untuk kekal cantik berseri, sentiasa lah positive and happy-happy. *senyum*

So yes, tu sharing untuk kali ini. ingat ye point penting untuk hadap breakouts is, UBAH LIFESTYLE.

saya summarizekan balik untuk you guys pin dalam kepala tu. hehe. silakan lah baca and tampal kat cermin tiap hari baca. (eh)

be happy. no stress!
jaga pemakanan.
jaga masa tidur.
amik nutrisi yang cukup. yang diperlukan oleh badan.
jangan makan sembarangan.
kawal pengambilan gula, karbo.(cut sugar terus even better you'olls)
kenalpasti badan perlukan apa nutrisi yang tak cukup, and then top-up. kalau tak boleh nak dapatkan dari buah-buahan (contoh ye), then go for supplement. but PLEASE, cari yang semulajadi dan selamat. do some research please tentang product yang awak nak ambil.

paling mudah, just contact me. hehe. kita bantu awak. mudah kan?
here's my number 019-5275145

remember ye, if you take any products pun, tapi if you, yourself, doesn't have the effort to change you life, your lifestyle, it will not go further pun. first thing first, sayang diri sendiri. niat nak ubah tu, hari hari remind yourself, pasal niat you nak ubah diri you. ok lovelies? it's all about yourself.




love,
NajlaMohayidin.

ps: oh do add me on Facebook to know more about my diet (and about me, my self. ceh promote diri pulak kehkehkeh). Here's the profile: Najla Fatin Mohayidin ! I do share lots in FB. No regret, I'm sure you guys will not. hehe. Nice to know you guys soon! will see you guys in the next entry. or nak tengok recent photos of me, do follow my instagram @najlaamohayidin.

pss: siapa curi gambar kite untuk buat testimoni produk dia, amik ikut suka konon ini hasil pakai product XXX, kita tak halalkan ye. kalau rasa nak bisnes tu maju, sila lah jangan guna cara kotor (baca: testimoni menipu). kalau guna, and tipu orang guna gambar kita, awak takkan maju sampai bila-bila. ok?

xoxo~


No comments: