Friday, January 18, 2013

Aku Rasa.


Assalamulaikum w.b.t blogger dan stalker sekalian. Eh perasan. Hiks. Perasan tak perasan salam tu sila jawab okay. Wajib tau. Ingat. Wajib.

Rasa seperti agak sudah lama eh apo tobalik ayat den ni haa. Rasa seperti dah agak lama tidak mengupdate entry. Maaf ye. Seperti biasa, ketandusan idea!

Tetapi harini saya ada berita gumbira, saya ada idea! Yihooo. Tepuk sikit *tepuk tangan* Alhamdulillah, syukur ke hadrat Sang Pencipta kerana idea ini adalah dariNya. Disuntik sedikit demi sedikit dari Nya masuk ke dalam hati dan akal fikiran saya. Alhamdulillah. Bolehlah buat entry untuk keng-korang semuaaa. Kan? Seronok tak seronok tak? Ekekekeke

Haa sebelum terlupa nak ucap thanks sangat kat Yaya Only sebab dia dah buat satu segmen yang sangat membantu saya. Segmen jom tambah follower sebanyak yang mampu. Haaa korang dah join belum? Belum lagi? Baik pergi join cepat. Nak join tekan SINI.

Ucapan khas dari Najla, untuk Yaya :-

Thanks yaya buat segmen tu. Najla tak menyesal masuk sebab followers Najla betul betul increase. Bersyukur sangat. Alhamdulillah. Thanks to Allah sebab dah gerak kan hati Najla untuk join segmen Yaya. And thanks to Yaya sebab sudi buat segmen macam tu untuk membantu para para blogger untuk menaikkan followers. Cewah J
By the way, dengan segmen yang Yaya buat tu kan? Najla jumpa blog kawan lama Najla. Yihuuu. Excited kemain tahu? Hahaha. Kawan tu nama dia Azianty. Tapi orang panggil Hazel/Azie jeee. Ni blog dia jeng jeng jeng Hazel ←sila tekan!

Okay, berbalik kepada tajuk entry kali ini. ‘AKU RASA’.

Hmm. Ape ape hal, nak bagitahu entry kali ini Najla nak guna kata ganti diri iaitu ‘Aku’. Harap keng-korangg okay sahaja kan? Dan aku nak bagitahu korang entry kali ni mungkin panjang. Ekekeke. Jangan la lari. Baca la sampai kasi habis dulu k. sobs cedih la ittewww kalau awok semua taknok baca.
Macam mana nak start eh? Hm hm uhm. Actually sejak kebelakangan ni aku selalu rasa, selalu terdetik macam this time, aku perlu amik turning point untuk berubah. Aku share semua ni kat entry kali ni bukan sebab aku nak tunjuk baik, berlagak, bajettttt, tidak sama sekali. A big TIDAK! Aku rasa aku perlu share kat sini sebab aku nak mintak pendapat keng-korang semua. Aku nak mintak doa dari keng-korang semua. Mungkin bantuan dari korang. Atau nasihat mungkin? Who knows kan? J

Well, semua orang dalam dunia ni tak sempurna. Itu aku rasa semua orang tahu. Adik adik aku pun tahu kot.

Tiada yang sempurna di muka bumi ini melainkan Allah S.W.T

Tapi, tak salah kita memperbaiki diri, mencuba yang lebih baik, untuk menjadi seorang yang lebih baik dari semalam atau sebelum belum ini. Tak salah mencuba untuk menjadi yang sempurna walau kita tahu kita tak boleh sempurna. But at least, kita boleh jadi lebih baik dari sebelum ini. Kan?
Manusia sentiasa boleh berubah. Tiada pun yang kata kita tak boleh berubah. Tapi you’olls sekalian, janganlah berubah tu, you’olls buat macam hangat hangat tahi ayam. Tahu? Harini kata nak berubah, nak jadi baik, tetibe seminggu pada tuu, nahhh. Berbalik kepada perangai lama. Hey you, jangan lah begitu.

Kalau macam tu sampai bebila memang tak lah jawab nya. Macam ayat ni :-

Pintu taubat tak kan pernah tertutup selagi belum tiba hari kiamat.

Aku takda lah kata yang aku ni hebat sangat. Aku tak hangat hangat tahi ayam. Aku konsisten. NO. aku tak kata macam tu. Dari pengalaman aku, aku pernah jugak macam tu, angan angan je tinggi melangit. Pung pang pung pang, tak jadi jugak. Tu nak tahu sebab apa? Ada banyak faktor. Antaranya :-

*kita tak tahan dengan kata kata provokasi dari orang sekeliling.
*kita tak ikhlas ‘Lillahi’taala buat semua tu (buat kerana orang lain).
*kita bergaul dengan orang yang tak membimbing kita kearah itu (salah pilih kawan).
*kita terpengaruh dengan orang yang salah (eh macam sama je ngan atas ni)

So kawan kawan, nak berubah ni memang payah. Memang susah. Saya akui nya. Tapi no sacrifice, no victory. Kan kan kan?

Bukan senang nak dapat Syurga, tapi senang nak dapat Neraka.

Memang. Nak masuk Syurga ni macam macam nak kena ikut. Susah. Payah. Berat. Tapi kawan, ada sebab kenapa nak dapat Syurga tu kena hadapi macam macam. Sebabnya, dalam Syurga tu, macam macam nikmat, keseronokan, habuan, hadiah yang kita akan dapat hasil daripada perjuangan dan pengorbanan kita di dunia. Dunia ni hanya sementara. Lakonan semata mata. Yang hakiki nanti, alam yang kita semua akan rasa satu hari nanti.

Neraka? Dalam dia ada macam macam. Bukan keseronokan. Bukan kebahagiaan. Tapi keperitan. Siksaan. Azab. Allahu rabbi. Takut nya aku bila terkenang dosa dosa lampau. Memang atas dunia ni kita rasa nak seronok je buat itu, buat ini, best kan? Mudah kan? Memang kawan kawan, tapi best tu hanya sementara. Kat neraka nanti, kita akan terseksa teramat sangat. Allahu akbar!

Cuba fikir, tak adil kan kalau orang yang atas dunia ni, dia buat baik, ikut semu perintah Allah, kira bagus laaa kan, *ini contoh tau* lepastu orang tu masuk neraka? Adil tak? Tak adil kan?

Allah tu Maha Adil kawan kawan, orang yang berusaha menjadi yang soleh/solehah kat atas dunia ni, habuan dia Syurga. Kenapa dia dapat Syurga? Sebab dia dah berkorban, berjuang kat atas dunia untuk tidak melakukan yang Allah murka. Jadi yang masuk neraka tu? Fikirkan lah. Sebab buat Allah murka. Ya. Allah Maha Adil.

*rasa macam cikgu puloks* ekekeke

Aku rasa, aku perlu berubah. Banyak faktor yang menyebabkan aku bertindak sebegini. Mahu tahu ke? Rasa nya kalau cakap pasal faktor pulak nanti, mahu sampai ke esok tak sudah entry ni. Kikiki. Tak perlu lah kot. Cukup sekadar kalian doakan urusan aku dipermudahkan. *Amin*

Jadi aku rasa memang ini saat nya. Sebab aku rasa macam hati aku disentuh oleh Sang Pencipta untuk berubah. Itu tanda nya dia masih sayang kan aku. Dia nak aku jadi hambanya yang juga merupakan salah seorang penghuni Syurga. 

Ya Allah sungguh agung kekuasaan Mu. Ampunkan aku kerana baru kini aku sedar. Alhamdulillah juga kerana, Kau masih memberi peluang untuk aku berubah. Sobs :’)

Kawan kawan, nak berubah ni bukan nya boleh se-lambak macam tu je tau. Dia kena step by step. Perlahan lahan. Sikit sikit. Biar slow pun, yang penting kita istiqomah. Daripada kita buat sekali harung, kita takot kita tak kuat. Then nanti? Berkecai. Tapi bagi yang mampu, TAHNIAH aku ucapkan. Anda memang hebat (Y)
Hurm. Ni ada satu sebab kenapa aku terpanggil untuk berubah. Actually, aku tak suka orang pandang aku semacam kalau aku berpakaian seperti yang tidak sepatutnya. Ish ish ish. Rasa macam nak kasik flying kick je kekadang. Haha. *ganas kan? Eh mestilah! Haha*
Tapi bila kita fikir balik, siapa yang salah sebenarnya? KITA! Kita yang salah sebab berpakaian sebegitu. Kita tak boleh tutup mata orang, tapi kita boleh tutup bahagian badan kita se-elok nya dari dilihat oleh mereka. K faham?

Daripada mereka melihat dengan penuh nafsu, aku lebih rela dipandang pelik kerana berpakaian seperti guni. Yang penting, terhijab semua aurat ku.

Ayuh kawan, jom kita berubah. Allah masih sayang kan kita. Dia bagi peluang pada kita yang masih hidup ni untuk berubah. Gunakan kesempatan ini sementara masih ada.

Mati tidak kira usia, tempat, keadaan, dimana, mengapa, bagaimana.

Haaa. Lagi satu iklhas kan hati kita untuk membelanjakan wang ke jalan yang benar. Contohnya beli semua baju, tudung yang labuh labuh. Takpe, demi Syurga kan? J
Aku rasa macam dah panjang je entry ni. Cukup lah kot. Aku sure gila kepada kawan kawan aku yang kenal aku, mesti keng-korang tertanya tanya.

‘eh boyfriend hang cemana?’

Okay. Itu aku malas komen. Biar Allah yang tentukan. Kalau ada jodoh, ada. Kalau tiada, aku redha. *aku harap korang faham apa status aku sekarang lepas baca statement tuuu* hihi. Redha babe redha J




Ya Rabb, jika benar dia untukku, permudahkan jodoh kami. Satukan hati kami. Jika Kau ciptakan dia bukan untukku, maka kau berikanlah aku kekuatan, keredhaan untuk menerima ketentuanMu. Amin.

Cukup sekadar ini. Aku mohon kalian doakan urusan aku ini dipermudahkan Allah. Dan semoga kita semua berada di bawah lindungan dan rahmat nya. Doakan aku diberi kekuatan untuk menghadapi proses ini. J

Sejujurnya, aku selesa begini.




Ikhlas, yang menyayangi kalian, for the sake of Allah.
Najla.

10 comments:

Asmar Arafad said...

http://www.wardatulasmar.my/ dtg follow balik..

cahaya kesabaran said...

ahahahaha...excited meh bce..ad plak nmer aq tu ha..haha..2 ar da lmer x jmpe..hihi..btw thanx dear...

Ariana said...

jemput join.ada hadiah maxi dress,jubah & cash rm100!
http://diyasesame.blogspot.com/2013/01/happy-blogging-giveaway.html

Unknown said...

hai. thanks. wah dah tukar jd website sendiri ke? hihi

Unknown said...

welcome welcome. mestila ade nama kau babe. kikikiki :p

Unknown said...

thanks invite :)

PiNkYCaT said...

bagus2...semoga kucingbiru sentiasa dalam redhaNya,insyaAllah:)

Unknown said...

terima kasih kucingpink. doakan saya :)

Nadiaafarhanaa said...

kwan azie eh?hehehe yaya kwn keje azie dlu

Unknown said...

laaaaaaaaaaaaaa yeke? kecik nyaa dunia ! haha. azie tu kawan time najla sekolah menengah dari form 1 sampai form 5. sama school. hehe :)