Tuesday, January 8, 2013

Jangan degil !


Hey hey hi hi hui hui hallo hallo. eh Assalamualaikum w.b.t semuaaaaaaa ! :D

Apa khabar saudara saudari cikebom cikebom sekalian?

Setelah beberapa hari tidak meng-update blog. akibat kebuntuan idea yang teramatlah sangat. maaflah. saya tidak sehebat blogger lain yang mampu mengeluarkan idea sekelip mata. petik jari je, pufff idea melambak lambak. saya insan lemah. masih baru disini. hiks *cedih.

weh weh weh. bersyukur k dengan apa yang Allah bagi. jangan pernah mengeluh. k amik satu saat seorang, ucap Alhamdulillah semua. :')

k saya dengan rasa rendah dirinya, sangat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih diberi kesempatan untuk menumpang hidup di bumiNya, menghirup udaraNya dan menikmati keindahan ciptaanNya. Subhanallah. Alhamdulillah.

k cakap pasal bumi Allah ni, saya teringat kata kata Ustaz Azhar Idrus, ustaz yang saya sangat minat. eh cop! korang pun sama? yeay jom jom sep sep. :D marilah kita sama sama menyokong kebangkitan Islam di bumi ini. In sya Allah. k sambung pasal ayat UAI, ustaz cakap :-

kita ni, hanya menumpang bumi Allah. menumpang. semua nya milik Allah. tanah, udara, air, tanaman, segalanya. semua nya pinjaman. dah tahu meminjam milik orang, jaga lah baik baik. dah tahu menumpang tempat orang ikut peraturan. bumi ini bukan kau yang punya, tapi Allah. jadi, ikut peraturan Tuan Empunya tanah. macam mana kalau kita pergi satu tempat tu, orang punya, mesti kita ikut peraturan dia. macam tu jugak dengan Allah. macam mana kita pinjam barang kawan, kita jaga baik baik, macam tu jugak dengan Allah. jadi bila Allah suruh tutup aurat, ikut!

terdiam aku. tersentap. mengenang kan diri yang masih belum dihijab dengan sempurnya. sesungguhnya, aku berdosa.



pernah terfikir tak. ayah kita yang sedang usaha, berhempas pulas, bertungkus lumus, bermati matian  mengumpul pahala untuk dibawa ke akhirat kelak, tapi tetap di tarik ke neraka, disebab kan oleh dosa dosa kita yang tak terkira ni. Nauzubillah. sedih nya rasa.

ya Allah, kau masuk kan lah ibu bapaku, adik beradikku, saudara maraku, rakan rakanku, ke dalam SyurgaMu. Amin.

aku sedar, kita semakin lama semakin tua. makin meningkat umur. makin dewasa. dan yang paling utama, makin menghampiri alam yang lain. iaitu kehidupan selepas mati. Allahu Rabbi. sedih.

terdetik di hati. *sudah cukup kan amalan aku untuk dihitung nanti?

ya Allah, takut nya aku pada azab seksaan Mu. sesungguh nya aku hamba Mu yang lemah lagi hina. bantu lah aku ke jalan yang Engkau redhai.

okay. aku harap, apa yang aku tulis ni, dapat bagi sikit ilmu pada korang semua. biar lah, seciput ke, setoik je pun, yang penting, ada. ingat tak hadis nabi ni :-

sampaikan dan sebarkanlah walaupun sepotong ayat.

jadi kawan kawan, ayuh perbaiki diri. In sya Allah. Salam dari saya. Ukhuwah fillah abadan abada.
Assalamualaikum.

dari hati,
kucing biru precious.

2 comments:

Unknown said...

terima kasih follow blog saya..saya dah follow blog awak.header tu ambik kat google..hehhe

Unknown said...

ouh. thanks follow. oh header amik kat google ? cantik ! :)