“In the name of Allah, Most Gracious, Most Mercifull”
Assalamulaikum
semua. Harini just nak buat entry simple je. More to pesanan lah kot kan. Plan
nya nak buat simple jeh, but at the end taktahu la entry kali ni panjang mane.
Ekeke
Ekcelii,
saya mengaku lah yang dulu saya memang teruk. For me, teruk sangat! Tapi takde
lah enn yang saya kata sekarang saya dah baik. No! Cuma saya nak kata now, I’m
better than before. Still in process. Hope istiqomah and please please please
do pray for me.
Okey. Entry
kali ni nak kata luahan hati tu tidaklah. Bukan emosi, persepsi atau ape ape
jeh yang boleh buat sesiapa pun rasa offended. Oh tidak! Saya buat entry ni
sebab macam nak sampai kan pesan/mintak tolong laa lebih kurang. Mintak tolong
kepada kawan kawan. Hm.
Ya. Saya
mengaku dulu saya teruk dalam bab menjaga pakaian. Memang pakaian saya tak di
jaga. Hati seperti beku walaupun dicurah dengan air panas masih tidak lagi cair
semua titik hitam. Ya Allah. Betapa banyak dosa. Betapa kerdil diri.
Kiranya
mesti lah ada hang-out ngan kawan semua, pergi sana sini. Yang saya nak tekan
kan di sini tentang pakaian. Saya ulang PAKAIAN. Yes. Dulu memang saya kalau
pergi mana mana saya tak fikir pun dah terhijab atau belum semua aurat saya.
Saya dulu main bantai je nak pakai ape. Memang saya pakai tudung, but yelah
kan. Pakai tudung pun tak covered bahagian yang sepatutnya di covered. Terdedah
sana sini walaupun pakai tudung. Baju kenkadang singkat. Pendek. Nampak lengan.
Ikut bentuk tubuh. Ya Allah. Macam macam. Kesimpulan nya, pakaian aku tidak
menutup aurat dengan sempurna. Jahilnya aku.
So bila dah
keluar dengan kawan kawan kan, mesti ada ambil gambar kan? Yelah dah jumpa
kawan kawan lama semua. Ghinduu. Amek lah gambar. Snap sana sini. Saya tak kata
amik gambar tu salah. Skop saya disini adalah tentang PAKAIAN saya. Harap
jangan ada yang salah faham ye. Saya mohon. So pakaian saya tak sopan. Tak
melambangkan muslimah sebab dedah sana dedah sini walaupun bertudung. Hm. Then upload
lah kat memane sesawang internet yang boleh di upload. Contoh ter-feymes adalah
FACEBOOK. Saya tak salah kan kawan kawan saya tapi saya salah kan diri saya
kerana memakai pakaian yang tak disyariatkan dalam Islam. Saya marah dengan
diri saya. Jadinya anda semua boleh fikir kan, apabila kita meletakkan gambar
yang tidak menutup aurat di mana mana laman sesawang atau mane mane sahaja yang
boleh bagi orang lain tengok, dan seberapa banyak mana orang yang tengok, so
boleh fikir lah kan berapa banyak dosa yang kita dah kumpul kan?
Jadinya di
sini, saya bukan nya nak cakap yang saya dah sempurna nak cakap benda ni semua.
Saya bukan dah cukup ilmu. Saya bukan nak kata yang letak gambar kt FB tuh
takleh. Saya nak kata yang tak elok letak gambar yang tak proper, bagi orang
yang tak patut tengok, tengok. Faham kan?
Mesti ade
yang cakap.
‘ek eleh, bajet baik ah kau!’
Ye saya
tahu. Dulu saya jahat. Tapi awak, saya nak berubah. Salah ke? Sepatutnya awak
sokong saya. Bantu saya. Bukan jatuhkan saya. Mohon.
Pintu taubat takkan pernah tertutup
selagi belum tiba hari kiamat.
Ya. Dan kita
masih belum terlambat kawan kawan. Ape saja salah silap saya dulu, mohon
jadikan pengajaran dan lupakan.
Jangan kita hina permulaan perubahan
seseorang, kerana kita tidak tahu pengakhiran kisah kita.
Boleh jadi mereka yang tidak pernah
memakai tudung, apabila berubah, akan memakai tudung dan menutup auratnya
dengan baik sekali. Lebih baik dari kita.
Boleh jadi mereka yang tidak pernah
ber-tahajud, apabila berubah, tahajud nya istiqomah dan lebih baik daripada
kita.
Boleh jadi mereka yang dahulu nya
seorang yang kedekut, tetapi apabila berubah, menjadi lebih dermawan dari kita.
Jadi
kesimpulannya,
jangan kita merasa diri kita sudah cukup baik dan menjadikan nya
satu alasan untuk menjatuhkan dan menghina seseorang. Kerana kita tidak tahu
pengakhiran kisah kita.
Ya. Kita sikit pun tidak tahu. Lebih baik kita sama
sama mendoakan sesame kita. Insya-Allah.
Ups. Maaf
saya janjikan entry pendek. Tapi rasanya dah panjang pulak. Harap bermanfaat.
Ini doodle pertama saya. Hihik. Saja suka suka. Saya tahu tak menjadi and tak cantik. Btw, siapa boleh ajarkan? Sobs
klik untuk mata besau |
‘Kepada kawan kawan
yang rasa rasa pernah ambil gambar saya dan gambar itu tidak proper, saya
dengan rendah hatinya mohon korang delete gambar tu ya? Aku harap korang faham.
Dan aku taknak insan lain yang tidak bersalah juga berdosa. Mohon sesangat!’
Moga Allah
redha. Wasalam.
10 comments:
Alhamdulillah dik...semoga kita sama-sama berubah..amin
terima kasih kak. semoga kita sama sama berada dalam redha Nya. Amin. :')
alhamdulillah...nice sharing...tapi just wanna share with najla yang akak pernah terjumpa orang yang mengaku diri sendiri baik tau tanpa segan silu di khalayak ramai... tu acaner tu...riak ker? atau jahil?
thanks kak. kak, nak bgtahu awal awal tau yg najla tak mengaku diri najla baik puuns. cuma dlm proses menjadi lebih baik. harap tiada yang salah faham.
err yg pasal org mengaku diri dia baik tu. erk! tak berani nak cakap lah kak. takut ter-salah then mengundang fitnah. pada pandangan najla lah kan, mungkin dlm hati dia ada something yang tak kena kot. tak pun dia ada niat baik lain kan? hehe. kita tak tahu kan? so just bersangka baik jee. yang lain tu urusan dia dengan Allah. In Sya Allah.
apapepun, thanks for sharing the cerita ceriti! :D
nice entry suka3
awww. thankyou yaya ♥
i love your blog i love your entry . rasa ketenangan . seriously .
kadangkala kt selalu lalai ttg hal ni.......mmmg payah nak nak remove gambar2 begini, tetapi dgn niat yg bsik...semoga segala dipermudahkan....
thank you syakira. moga kita semua berada di bawah redha Allah. in sha Allah :)
Allah tahu niat kita. in sha Allah di permudahkan. sama sama kita berdoa. in sha Allah. :)
Post a Comment