Tuesday, September 20, 2016

Prolog: FAKEPIAH

'Truth hurts'

Ini kisah tentang gadis yang ditackle oleh lelaki yang acah beragama, juga kisah tentang gadis yang sudah tentu tertarik dengannya, ya kerana gadis gadis kini semua terlalu gilakan orang yang berjubah, berkepiah semata. Dan ya, dia tergolong sama dalam kalangan gadis yang mencari bakal imam kedua selepas ayahanda yang tangkas dalam bidang agama. Sehingga lupa bahawa zaman kini terlalu banyak barang tiruan di pasaran sampai kita tidak boleh membezakan yang mana asli juga yang mana hampeh. Senang cerita guna istilah barang 'fake'.

Tapi itulah...orang banyak kali kata, pakaian bukan mencerminkan tinggi mana iman kita. Dan kali ini, gadis ini tidak mahu percaya. Mungkin kali ini, di fikirannya memikirkan bahawa pencarian jodohnya telah tiba di garisan penamat. Maka oleh kerana itu, dia terkena. (Terkena?) Ya terkena kencing laaaa...

Dengan? Lelaki ber'kepiah. Oh lebih tepat lagi, lelaki ber'fa-ke'piah (sila baca dengan satu perkataan yang laju untuk bunyi yang sangat urban ditelinga anda).

Ya ini kisah aku. Dengan fake+kepiah di atas kepala.

BAB 1--

(Eh hak alah sabar lah ingat senang nak buat dengan penuh tatatertib? Hahahahahahahaha)

nanti aku sambung lagi
mana tahu boleh jadi buku nanti?

Oh gosh pantun pulak!

Mohon lejenpress atau bukufixi perasan kewujudan aku ini kihkihkih

Bye!

No comments: