Monday, November 28, 2016

[MERSING] - Silent escape to the beach y'alls!



Apa khabar orang kampung? Well lama tak menulis. Alasan aku macam biasa: busy.

Kalini nak share short escape aku dan 3 serangkai di Mersing. (Oh well 3 serangkai ni je yang ada masa nya pun untuk berjimba sesama). Before this kitorang ada buat short escape ke Melaka, tapi taknak share lah sebab mostly tempat-tempat menarik kat Melaka ramai yang dah tahu kan. So kita kongsi pasal Mersing lah ye, sebab tak ramai orang tahu apa yang best kt Mersing ni.

Apa-apa pun trip kami bertiga memang semuanya trip bajet sebab come on, kitorang student lagi kuuuuuuttt (?) takde income bulan-bulan weh!

(ini pun after balik dari Mersing semua korek tanah cari cacing buat makan - nyums!)

Okay trip kalini sangat-sangat singkat. Bertolak hari jumaat, Sabtu dah balik kampus. Selalunya kitorang berjalan khamis - sabtu. Tp sebab haritu khamis ada program sikit nak kena handle, so bertolak lah pagi jumaat ittew after dah breakfast kenyang-kenyang.

Inilah dia geng terencat untuk short trip ini. Get set go!

Kitorang bertolak dalam 11.45pagi (after selesai isi perut - breakfast macam bela saka, lepastu isi minyak) and perjalanan tak lama pun, tak sampai 2 jam kitorang dah sampai. Dalam 1jam45minit camtu kalau tak silap. Sampai-sampai terus check-in. Kami pilih untuk stay dekat Mersing Hotel, untuk 1 malam. Okay hotel ni kitorang dah booked 2 minggu awal, just untuk keselamatan takut full pulak tak ke naya hengko. Hotel ni dekat area Pekan Mersing, but don't worry still dekat dengan segala mak nenek pantai yang ada, annnnnnnddddd dekat jee dengan jetty-jetty kalau nak pergi Pulau Rawa or Pulau Tioman. Ha kurlas tak? Kurlas kheeeeen. *mata ke atas*

Okay nak highlight dekat sini, yang kami pergi pantai tau. Bukan pulau. Sebab tak cukup bajet nak pergi pulau. So pergi pantai je sebab pantai free hahahahahaha *sapu air mata*

But still aku and kawan-kawan sikit pun tak menyesal sebab WE LOVE THE SCENERY VERY MUCH OKAY! Kitorang berjalan just untuk release segala beban study yang ada dalam kepala ni, so cukup lah dekat mana-mana pun asal dengan kawan yang boleh mengilai sesama :') kitorang bertiga ni jenis suka lepak dekat laut, dengar bunyi ombak, amik feel dengan angin laut. kitorang memang suka tempat-tempat macam tu. biar pun dengan sekadar duduk, makan keropok lekor tepi pantai, it is more than enough - if we spent with the right people. (siapa setuju putchaaaaa handdddsss up?)

kawasan area hotel mersing - waktu ni nak balik dah :')

okay nak make it short kan:
sampai hotel - check in - rehat jap (solat) - terus keluar balik! teruuuzz okkaay! hahahaha (dasar retards sampai tak menyempat)

Pastu kitorang terus ushar-ushar tempat best petang tu. Just macam chill-chill je so that esok pagi boleh lepak dr pagi kt situ.

So pantai pertama adalaaaaaaahh...Pantai Air Papaaaan!





Waktu sampai jeeee kan, memasing gelabah dah nak turun kereta padahal parking pun tak lagi kut. terus turun kereta terus menggelupur pegi kat pasir, amik-amik gambar. It was soooo beautiful, Subhanallah. Pastu kitorang makan  kt sini jugak. Ada kedai-kedai makan. Boleh bayang tak makan nasi goreng ayam + abc tepi laut. Dengan bunyi ombak, dengan angin laut, ha boleh bayang taaakkk? Pastu kitorang pergi hujung pantai ni, waktu tu dah macam redup sikit, petang kan, so pergi belah hujung mashaallah lagi cantik weh!!! Sebab kawasan hujung ni dia macam penuh dengan batu-batu pantai yang besar-besar tu, yang macam dalam ombak rindu tu, soooooo cantiks! 

nah belanja gambar kat bawah tehehehehehehehh










ni semua gambar yang di amik dekat pantai air papan tau korang, tengok part yang ada batu batu semua tu, cantiks kaaaannnn kitorang pun terus jadi batak excited gila kut. pastu terus sembang dengan retards ni, "bayangkan kalau kita pergi  pulau sesama", agaknya boleh sewel memasing tengok scenery lawa gila like boleh amazed sampai sasau like ahmahgod! (sukahati aku lah nak berapa kali like pun. thhaaaahhhh *flip shawl*)

lepas dah settle lepak dekat air papan, kitorang pegi usha pantai lain pulak. antara pantai yang kitorang pegi, Pantai Rekreasi, Teluk Gorek, lepastu ada lagi satu pantai, tapi tak ingat nama sebab banyak gila pantai herherher. sorry! :')

Belanja gambar jelah ek tak larat dah nak tulis rasa macam panjang sangat dah entry kalini hahahahahahahah 








okay gambar kat atas ni gambar dekat pantai rekreasi, pantai ni cantik jugak you guys. sebab dia macam antik and banyak kayu-kayu yang menarik. dia macam pokok-pokok bakau tu. lawa kut! ha cuba tengok dekat gambar bawah ni, akar pokok je kut tapi wow kan? ha kalau korang nak datang sini, korang kena bawa ramai orang sebab dekat sini dia macam sunyi sikit, bahaya kalau nak datang sorang dua macam tu. better ramai-ramai and ada bodyguard heheh. entahlah kitorang pun tak faham, nama dia pantai rekreasi tapi tak ramai orang pun.




yang pantai dekat bawah ni pulak nama dia teluk gorek. yang teluk gorek ni dia ada tempat macam untuk orang bercamping. lepastu ada resort untuk orang duduk situ. and dia ni macam satu tempat yang banyak paya bakau gitu. dia nak pegi dekat kawasan air tu, dia kena macam berlari jauh sikit.




okay yang gambar last sekali ni, pantai yang apa tah nama dia. lupa! sebab banyak sangat pantai. dia ada sampan-sampan jugak. and nak pegi ke air dia jaaaaaaaaaaaauuuh kena jalan. pastu tetengah dia macam ada seketul tempat, kinda pulau kecil lah kut. ehm taktau apa nama dia.




okay, banyak sangat dah rasanya merepek dalam entry kalini, cuma nak bagitau trip macam ni elok untuk orang-orang yang nak jimat, pastu nak chill-chill, release tension, dengar bunyi ombak, kene tiup angin, dengan pemandangan best, sangat sangat best weh! duit pun jimat, tak keluar banyak sangat. 

last day, sempat lah enjoy, mandi lautt kejap heeeeeew!




ontheway nak balik ke tempat asal, kitorang singgah dekat satu kawasan yang ada jual banyaaaaaak keropok lekor mersing. so sempat la beli buat makan-makan dalam kereta.

so ni je cerita and sharing aku kalini, untuk student-student yang nak jimat, bolehlah pergi mersing untuk rileks-rileks kan palotak yang tengah serabut dengan esaimen bertimbun and stress melayan kerenah orang eh (?)

Till then, jumpa lagi nanti! ❤❤❤


No comments: