Tuesday, March 14, 2017

Gadis dan breakouts -- mintak simpang weh!


Hi guys! Salam and good day!

Harini nak share tentang masalah yang girls nowadays selalu alami. lately memang banyak dengar pasal breakouts, atau kulit rosak.

okay to make it simple, breakouts/kulit rosak ni ada banyak faktor.

satu. lifestyle. yang menyebabkan perubahan hormon.
dua. produk kecantikan. yang tidak bagus/salah pilih/bahan merbahaya.

so, anda dalam kategori yang mana? *gosok dagu*

untuk lifestyle, cara pemakanan, waktu tidur, cara pengurusan diri, semua tu mempengaruhi ye. makan ikut suka, main bedal dan tidak menentu contohnya. waktu tidur yang sangat tidak bagus contohnya seperti pukul 3 4 baru tidur membuatkan kita tidak cukup tidur. dan cara pengurusan diri seperti kebersihan diri, tidur sejurus selepas makan, tidur dalam keadaan tidak bersih dan sebagainya sangat lah memberi kesan pada kulit kita. badan yang terlalu letih mengakibatkan hormon kita berada dalam keadaan tidak menentu dan ini juga merupakan salah satu faktor.

okay. *tarik nafas*

untuk produk kecantikan. gunakan produk yang dijamin ingredients nya, dan cara pemprosesannya. bukannya produk yang ditimbang kilo dan diberikan jenama sendiri contohnya seperi 'limah cantik cosmetic' dan 'produk kurus tok abah' no no no itu sangat tidak dijamin kesahihan produknya. bukan kerana namanya yang begitu menarik, tetapi kerana ianya produk yang dihasilkan secara lambak dan dijenamakan dengan jenama yang pelbagai. sebelum beli sesuatu produk sila lah study dulu sedikit, tentang bahannya, atau review tentang produk tersebut. produk yang 'putih dalam masa 3 hari' atau 'jerawat lesap dalam masa seminit' adalah sangat merisaukan ya kawan-kawan kerana secara hakikinya kulit kita tidak boleh bertindak balas secepat itu. untuk rawatan yang selamat dan semulajadi perlulah mengikut pada keupayaan tubuh badan kita untuk bertindak balas dengan sesuatu produk tersebut bukannya dengan cara memaksa kulit kita. ya kawan-kawan?

(oh saya akan cerita tentang bahan-bahan dalam produk yang seharusnya dijauhi dalam next entry ya)

sekarang saya nak explain tentang rawatan untuk breakouts.

1) bagi kulit yang sedang bermasalah, please ya elakkan dari memakai sebarang make up atau apa jua krim muka selain daripada sunscreen atau SPF cream ya. biarkan kulit kita mendapat nafas yang secukupnya. jangan kita block lagi bahagian sakit itu. ini akan membuatkan ia lebih teruk kerana ada cream yang menhalang kulit kita untuk bernafas, boleh jadi lebih tersumbat, dan clogging.

2) wajib pakai sunscreen atau SPF kerana sinaran matahari sangat bahaya untuk kulit kita. dari segi mata kasarnya memang tak nampak apa. tp bila dah meningkat usia, sedikit demi sedikit kesan akan terlihat & pada waktu itu dimohon jangan lah menyesal ye sebab tak sapu SPF dari zaman muda belia. uhuks

3) mohon mohon mohon banyakkan lah minum air masak/kosong. nak kulit cantik tapi malas minum air? aip nak kena niiii. air sangat penting ye untuk badan kita. and air juga adalah cara detoxs yang amatlah semulajadi. biarkan segala kotoran yang ada dalam badan kita tu keluar bila kita minum banyak air. 25kg untuk 1 liter tau! ingat!

4) elakkan lah dari merawat breakouts dengan cara memakai produk yang lain pula. masyaAllah sister tak serik ke? tinggalkan lah produk-produk yang meragukan itu. Rasul pun cakap, perkara syubhah tu elok ditinggalkan ye dak? hehehehe. kita guna cara natural je awak. orang sabar dapat lebih tau. Allah pun sayang. ish taknak ke? rugiiiiii

5) makan supplemen untuk merawat dari dalam secara semulajadi. ada orang dah teruk baru nak cari supplemen. sebelum tu tak mahu ambil tahu langsung. menyombong. dah teruk baru lah terkedek kedek cari supplemen. jangan begitu ya? supplemen ni bukan ubat untuk merawat benda yang dah sakit awak. tapi...ianya makanan tambahan, yang mana akan baiki mana yang kurang elok, dan topup mana mana nutrisi yang tidak lengkap. ianya membaiki. bukan merawat. so ya, kebanyakan orang memang dah breakouts baru nak cari supplemen (dan ya termasuk saya - jangan contohi saya).

alhamdulillah saya antara manusia yang breakouts je baru sedar diri and sekarang kulit bertambah sihat. walaupun kulit sekarang tidak lah flawless putih gebu bak telur yang baru direbus dan dikupas kulitnya, tapi sebenarnya banyak benar dah perubahan yang berlaku, banyak sangat kalau nak dicompare dengan kulit masa dulu. syukur!

saya boleh tunjuk gambar muka yang dahulunya teruk kalau kalian mahu, bernanah, bengkak, merah, berdenyut, cukup lengkap ramuannya membuatkan saya hilang keyakinan diri buat seketika. mana tidaknya, kulit yang dahulunya bebas jerawat (walaupun legam dan kusam), kini penuh dengan jerawat yang tiba-tiba serang dengan rakus sekali. semua orang pandang pelik kut waktu tu!

*tetiba sedih ingat masa tu*

tp yelah, hidup perlu diteruskan. jadi slow-slow saya rawat breakouts dengan shaklee. 100% semulajadi.

antara yang saya makan adalah:

untuk rawat kulit:

untuk detoksifikasi:
herblax
alfalfa

suka untuk saya ingatkan juga, pengambilan air yang cukup adalah sangat sangat SANGAT penting ya. dengan bantuan air inilah kotoran dalam badan kita dapat dikeluarkan dan sangat membantu supplemen untuk bekerja dengan lebih efisyen.

*okay sambung tips seterusnya*

6) pastikan tidur yang cukup ya! jangan tidur lewat. 

7) sentiasa positif dan ceria selalu. jangan lah terlalu bersedih dengan kondisi muka anda, bila awak sedih, dan sentiasa berfikir negatif, benda tidak akan jumpa jalan penyelesaian. sentiasa positif dan happy supaya kita sentiasa menarik cas-cas positif ke dalam badan, dan bila kita positif dan gembira hormon kita akan kembali stabil.

okay rasanya dah cukup berjela. tahniah untuk yang baca sampai habis sebab saya percaya anda mungkin mendapat sesuatu dari entry saya ini. (ehe positif kan? :p )

yang mana baik boleh ambil dan kongsi, yang mana buruk, tinggal-tinggalkan, contohnya seperti produk-produk yang tidak bagus dan kandungan bahan kimia yang melampau. eh? (motif sangat)

sekian saja bebelan dari insan yang pernah breakouts teruk dan down jumpa orang. (tp itu dulu kehkeh)

jom bangkit awak! anything boleh roger saya. kita cerita apa masalah awak, kita cari punca, dan saya bantu awak!

ingat, nak rawat breakouts bukan makan sehari dua. yang penting sabar dan usaha.



much love,
sid shaklee - 1099388 chiaw
0195275145 :)



No comments: